Vocaloid 2
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Vocaloid 2 | |
---|---|
Pelancaran pertama | 29 Jun 2007 |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris dan Jepun |
Jenis | Versi perisian |
Genre | Aplikasi pensintesis vokal |
Lesen | Proprietary |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | http://www.vocaloid.com/en/lineup/vocaloid2/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Vocaloid 2 merupakan satu peranti pensintesis suara nyanyian dan merupakan kesinambungan Vocaloid dalam siri Vocaloid. Pengeluaran peranti ini berupaya untuk memperolehi kejayaan tidak dijangkakan serta impak kebudaayaan yang besar.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Vocaloid 2 diumumkan pada tahun 2007. Tidak seperti enjin pertama, Vocaloid 2 berasaskan keputusannya pada sampel vokal, berbanding analisis suara manusia.[1] Oleh kerana kekangan masa, tidak seperti enjin sebelum ini, ia tidak mempunyai ujian beta awam dan sebaliknya merupakan penambahbaikan bagi isu-isu yang dilaporkan oleh pengguna.[2]
Enjin sintesis dan antara muka pengguna telah dirombak sepenuhnya, dengan Vocaloid Jepun yang hanya memiliki antara muka Jepun.[3] Ciri-ciri baru seperti uji bakat nota, runut kawalan lut sinar, menogol antara main balik dan pemberian, serta kawalan pengungkapan dilaksanakan.[4] Bunyi nafas dan huski seseorang itu boleh dirakam ke dalam perpustakaan untuk menghasilkan bunyi yang realistik.[5] Versi ini tidak serasi ke belakang dan penyuntingnya tidak berupaya untuk memuat suatu perpustakaan yang dibina dari versi sebelumnya. Selain daripada perisian komputer, servis NetVocaloid ditawarkan. Meskipun begitu, perisian itu tidak disetempatkan dan Vocaloid sama ada Bahasa Inggeris atau Jepun hanya akan memaparkan versi bahasa tersebut, oleh itu walaupun Megurine Luka mempunyai perpustakaan yang termasuk bahasa Inggeris, sebagai Vocaloid Jepun dia hanya mempunyai akses kepada perisian versi Jepun. Secara keseluruhan, terdapat 17 pakej yang dihasilkan untuk Vocaloid 2 dalam perisian versi Jepun dan lima dalam versi Bahasa Inggeris; pakej ini menawarkan 35 bank suara antara mereka sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Jepun.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Making of Vocaloid". Red Bull Music Academy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-17. Dicapai pada November 12, 2014.
- ^
"(Vocaloid2情報)今日が最後の夜・・・" (dalam bahasa Japanese). Crypton Future Media. July 12, 2007. Dicapai pada May 13, 2012. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^
"Interview of Hideki Kenmochi". DTM magazine (dalam bahasa Japanese). Terajima Joho Kikaku. 15 (2 (January Special ed. The Vocaloid CV01 Hatsune Miku)): pp. 36–39. January 2008.
|pages=
has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Key features of Vocaloid 2". Yamaha Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-28. Dicapai pada May 21, 2011.
- ^
Inoue, Satoru (January 14, 2008). 技術フロンティア 肉声に近づいた音声合成(ヤマハ、クリプトン・フューチャー・メディア、アニモ). Nikkei Business (dalam bahasa Japanese). Nikkei BP (1424): pp. 78–80. ISSN 0029-0491. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan);|pages=
has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.