Visual DataFlex
Penampilan
Visual DataFlex ialah bahasa pengaturcaraan Data Access yang mensasarkan penciptaan pangkalan data dan atur cara jenis pelayan-pelanggan. Ia bertujuan untuk membolehkan para pengaturcara mempercepatkan pembinaan penyelesaian atur cara korporat serta produk penggunaan komersil amat boleh harap yang memiliki antaramuka-antaramuka Microsoft Windows, laman web, dan perkhidmatan web. Pemasangan Visual DataFlex merangkumi alat reka bentuk tampak, kepustakaan kelas menyeluruh, pengkompil & penyahpijat, pangkalan data terbenam, kesalinghubungan Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) yang utama, serta Pelayan Penggunaan Web berskala.
Laman web
[sunting | sunting sumber]- Visual DataFlex ialah alat bahagian depan yang dapat melakukan tugasnya dengan lancar sehingga tidak dikesani anda kerana boleh berantaramuka dengan kebanyakan jenis bahagian belakang, termasuk jadual-jadual DataFlex terbenam yang terangkum secara percuma, MS-SQL, IBM-DB2, Oracle, dan sebagainya. Untuk penjelasan yang lengkap serta Muat Turun Penilaian Studio 30-hari atau Edisi Peribadi yang percuma, sila lihat http://www.VisualDataFlex.Com
Seni bina
[sunting | sunting sumber]Visual DataFlex mempunyai seni bina 3-lapis:
- Lapis bawah
- Jadual-jadual pada peringkat ini mewakili maklumat pelanggan. Kamus-kamus data untuk setiap jadual mentakrifkan peraturan-peraturan untuk menyimpan, menyunting, menghapuskan, dan mencari pelanggan.
- Lapis tengah
- Jadual-jadual pada peringkat ini mewakili tempahan-tempahan daripada para pelanggan. Sebuah Salasilah Objek Kesalinghubungan Kamus Data mentakrifkan bagaimana jadual-jadualnya berhubungkait antara satu sama lain, dan memastikan bahawa semua peraturan perniagaan jadual-jadual yang berkait dikuatkuasakan dan disahkan.
- Lapis atas
- Antara muka grafik (GUI) membenarkan pengguna memasuki, mencari, mencipta, mengubah suai, dan menghapuskan data.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web Visualdataflex.com
- Laman web Visualdataflex.ru Diarkibkan 2018-07-18 di Wayback Machine
- Laman web Resheim: Alat Visual DataFlex untuk laman web perisian Eclipse
- : Laman web Konsortium DataFlex Timur Laut (Amerika Syarikat) Diarkibkan 2006-05-12 di Wayback Machine
- Laman web Pengeluar Visual DataFlex
- Laman web arahan dalam talian yang menggunakan aplikasi anda sebagai bahan