Pergi ke kandungan

Veselin Topalov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Veselin Topalov pada tahun 2005

Veselin Topalov (IPA: [ve.se'lin to'pɑ.lof]; Bahasa Bulgaria: Веселин Топалов) (lahir 15 Mac 1975) adalah merupakan seorang pemain catur grandmaster Bulgaria. Beliau berjaya memenangi Kejohanan Catur Dunia FIDE sebanyak satu kali yaitu pada tahun 2005 dan mendapat anugerah Oskar Catur.[1] Pada bulan Julai 2006 di senarai perangkaan mata FIDE, beliau berada pada kedudukan nombor satu dunia dengan penarafan sebesar 2813,[2] peringkat kedua tertinggi pada masa itu.

Topalov telah menyertai sembilan Oympiad Catur selama khidmat kerjayanya (1994–2000, 2008–2016), memenangi satu pingat emas pada tahun 2014. Beliau memenangi kejohanan catur di Linares, Corus, Dortmund, Stavanger and Nanjing.