Pergi ke kandungan

Venus dari Willendorf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Venus dari Willendorf

Venus dari Willendorf atau Venus of Willendorf adalah ukiran dari zaman paleolitik yang diukir dari batu gamping yang dianggarkan berasal dari 25.000-21.000 SM.[1] Ukiran ini ditemui di Willendorf, Austria.[1]

Walaupun hanya bersaiz sebesar tapak tangan, karya seni ini dianggap penting dan ekspresif dengan bentuk yang organik.[1] Ukiran menonjolkan bentuk oval bergelombang mewakili kepala, dada, torso dan paha.[1] Bahagian muka, leher dan kaki bahagian bawah kelihatan disingkirkan.[1] Kedua-dua tangannya berpangku di dada tidak begitu mudah dikenali kerana tidak sempurna.[1] Berdasarkan jangkaan, pengukiran hanya menumpu pada bahagian-bahagian tertentu yang berkaitan dengan fungsi menyusui dan pembiakan.[1]

Jika dibandingkan dari kedua-dua sisi, maka bahagian depan lebih diutamakan daripada bahagian belakang yang menunjukkan bahawa ia sememangnya untuk dilihat dari sisi depan.[1] Kerana frontalitas ("bahagian hadapan") adalah watak yang banyak dipaparkan dalam karya seni keagamaan pada abad-abad berikutnya, gabungan frontalitas dan simbolik yang berlebihan ini disimpulkan oleh para ahli arkeologi bahawa Venus of Willendorf merupakan dewi kesuburan.[1]

Penemuan ini merupakan salah sekian dari bentuk wanita zaman prasejarah yang diberi nama Venus (nama dewi cinta dan kecantikan Romawi), walaupun tiada bukti yang menunjukkan siapa yang dilambangkan oleh ukiran tersebut.[1] Artifak-artifak ini mempunyai ukuran dada dan pinggul yang berlebihan, menunjukkan bahawa adanya hubungan dengan kesuburan di mana kemandiran sesatu spesies bergantung.[1]

Venus of Laussel

[sunting | sunting sumber]

Venus of Laussel adalah ukiran yang serupa dengan Venus of Willendorf, namun diukir sebagai relief.[1][2] Ukiran ini ditemui di Laussel, Dordogne, Perancis dan berasal dari 25.000 SM-23,000 SM.[1] Pinggul dan dadanya pun mempunyai saiz berlebihan dan tangannya lebih jelas kelihatan.[1] Di tangan sebelah kanannya ia memegang sebuah tanduk haiwan yang diukir

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Referensi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n Adams, Laurie Schneider (2001). A History of Western Art. McGraw-Hill. m/s. 22–23. ISBN 0-07-231717-5.
  2. ^ (Inggeris) Women in Prehistory, The "Venus" of Laussel, arthistory. Dicapai pada 19 Mei 2010.