Pergi ke kandungan

Urraca dari Castile, Permaisuri Portugal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Permaisuri Urraca
Urraca dalam Genealogi Raja-Raja Portugal (António de Holanda, 1530–1534)
Raja permaisuri Portugal
Tempoh26 Mac 1212 – 3 November 1220
Keputeraan1186/28 Mei 1187
Kemangkatan3 November 1220
Coimbra, Kerajaan Beraja Portugal
PemakamanBiara Alcobaça
PasanganAfonso II dari Portugal
AnakandaSancho II dari Portugal
Afonso III dari Portugal
Eleanor, Permaisuri Denmark
Fernando, Lord Serpa
KerabatKerabat Burgundy
AyahandaAlfonso VIII dari Castile
BondaEleanor dari England
AgamaRoman Katolik

Permaisuri Urraca dari Castile (1186/28 Mei 1187 – 3 November 1220) ialah puteri kepada Raja Alfonso VIII dari Castile[1] dan Permaisuri Eleanor dari England.[2] Nenda sebelah bonda baginda ialah Raja Henry II dari England dan Permaisuri Eleanor of Aquitaine.

Riwayat hidup

[sunting | sunting sumber]

Permaisuri Urraca asalnya dianggap bakal pengantin untuk Raja Louis VIII dari Perancis, namun Permaisuri Eleanor membantah nama baginda (Urraca bermaksud burung murai dalam bahasa Castile), lebih berkenan dengan nama Castile kakanda Permaisuri Urraca Blanche, Blanca.[3]

Pada tahun 1206, Permaisuri Urraca mengahwini Raja Afonso II dari Portugal yang berumur 21 tahun,[4][5] iaitu "infante", pewaris takhta yang disasar.

Pada tahun 1212, suami baginda menjadi raja dan baginda menjadi permaisuri. Afonso II menunjukkan dalam wasiat baginda pada tahun 1214 bahawa Permaisuri Urraca sepatutnya menjadi pemangku raja untuk pengganti raja baginda jikalau Raja Afonso mangkat terlebih dahulu. Namun, baginda mangkat sebelum Raja Afonso pada usia yang agak muda pada tahun 1220.[6] Urraca telah dimakamkan di Biara Alcobaça.

Ia berkemungkinan yang Permaisuri Urraca juga mengandungkan Vicente, yang sepatutnya dimakamkan di Biara Alcobaça.[7]

  1. ^ Gonzalo Martínez Diez, Alfonso VIII, rey de Castilla y Toledo (1158-1214)
  2. ^ Chronica Albrici Monachi Trium Fontium
  3. ^ Seward, Desmond (1978). Eleanor of Aquitaine: The Mother Queen. New York: Dorset Press. m/s. 233. ISBN 0-88029-055-2.
  4. ^ H. Salvador Martínez, Alfonso X, the Learned: A Biography, halaman 29
  5. ^ Roderici Toletani Archiepiscopi De Rebus Hispaniæ
  6. ^ Shadis, Miriam (2010). Berenguela of Castile (1180–1246) and Political Women in the High Middle Ages. Palgrave Macmillan. m/s. 4. ISBN 978-0-312-23473-7.
  7. ^ Kerabat Raja Afonso II
Didahului oleh
Dulce dari Aragon
Raja Permaisuri Portugal
1211–1220
Diikuti oleh:
Mécia Lopes de Haro

Templat:Infanta Portugal oleh perkahwinan Templat:Raja permaisuri Portugal