Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2016
Tarikh | 21 Ogos 2016 |
---|---|
Masa | 20:00-22:50 BRT (UTC−3) (2 jam dan 50 minit) |
Lokasi | Stadium Maracanã, Rio de Janeiro, Brazil |
Koordinat | 22°54′43.80″S 43°13′48.59″W / 22.9121667°S 43.2301639°WKoordinat: 22°54′43.80″S 43°13′48.59″W / 22.9121667°S 43.2301639°W |
Dirakam oleh | Rede Globo dan OBS |
Upacara penutupan Sukan Olimpik 2016 telah diadakan di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro pada 21 Ogos 2016, dari jam 20:00 hingga 22:50 BRT.[1]
Seperti dalam protokol tradisional, upacara tersebut menampilkan persembahan kebudayaan dari Brazil dan Jepun, serta ucapan penutup oleh presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach dan ketua jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik 2016, Carlos Arthur Nuzman. Penyerahan rasmi bendera Olimpik daripada datuk bandar Rio de Janeiro, Eduardo Paes kepada gabenor Tokyo, Yuriko Koike dan upacara memadam obor Olimpik turut diadakan.[2]
Tempat
[sunting | sunting sumber]Sempena Piala Dunia FIFA 2014 serta Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016, projek pembinaan semula secara besar-besaran telah dimulakan untuk Stadium Maracanã. Tempat duduk asal dengan tatarajah dua tingkat telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada tempat duduk setingkat. Bumbung stadium asal yang diperbuat daripada konkrit telah dialihkan dan digantikan dengan gentian kaca yang dilapis dengan membran tegangan yang dihasilkan daripada politetrafloroetilena. Bumbung baru itu meliputi 95% tempat duduk di dalam stadium, tidak seperti reka bentuk sebelumnya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Rio 2016 Ingressos – Compre seu ingresso para as Olímpiadas". ingressos.rio2016.com (in Portuguese).
- ^ "Rio Olympics 2016: Spectacular closing ceremony as Olympic flag goes to Tokyo".