Universiti Al-Aqsa
جامعة الأقصى - غـزة | |
Jenis | Awam |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1955 |
Presiden | Dr. Kamal Shrafi[1] |
Siswazah | 25,325 |
Lokasi | , |
Laman sesawang | www.alaqsa.edu.ps |
Universiti Al-Aqsa (Arab: جامعة الأقصى) ialah sebuah universiti awam dengan kampus di Bandar Gaza dan Khan Yunis, Palestin. Ia ditubuhkan pada 1955 sebagai institut perguruan sebelum mengembangkan kurikulumnya dan ia merupakan institusi pengajian tinggi awam yang pertama dan tertua di Genting Gaza. Ia menampung kira-kira 26,000 orang pelajar dan mempunyai kira-kira 1,400 orang pekerja, 300 orang daripadanya adalah pensyarah dan profesor.
Pada tahun 2024, kemudahan universiti telah dimusnahkan oleh pengeboman Israel semasa Perang Israel–Hamas 2023.[2][3][4][5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1955, ketika Gaza berada di bawah pentadbiran Mesir, sebuah institut perguruan telah ditubuhkan untuk melatih guru di semua peringkat.
Ia menjadi Kolej Pendidikan Negeri pada tahun 1991 dan dinamakan semula sebagai Universiti Al-Aqsa pada tahun 2001 selepas ia diiktiraf secara rasmi.[6]
Pada tahun 2003, ia menyertai Kesatuan Universiti Arab dan Majlis Pengajian Tinggi Palestin.[7]
Pada 16 Mac 2004, IDF memusnahkan sebuah kampus cawangan menurut miftah.org.[8] Kampus tersebut sudah tidak digunakan sejak 18 Januari 2001 kerana serangan terdahulu.[8]
Semasa pencerobohan musim sejuk 2008–09, perpustakaan Tel al-Hawa universiti tersebut telah mengalami kerosakan,[9] dan kemudahan pendidikan masyarakat yang sedang dibina telah musnah.[10]
Sebuah bangunan baharu yang mengandungi 32 ruang makmal telah disiapkan pada 2022 oleh syarikat MECC.[11] Turut dibuka ialah makmal awal kanak-kanak daripada Projek Penjagaan (Erasmus+).[12]
Pada Januari 2024, seorang ahli akademik universiti, Dr Wiesam Essa, terbunuh apabila pangsapurinya dibedil.[13]
Pada 17 Januari 2024, universiti terakhir di Gaza telah musnah, lapor Al Jazera dan Euro Med Watch.[14]
Pada 6 Februari 2024, dilaporkan oleh Agensi Anadolu bahawa IDF telah membedil dua bangunan universiti dan melepaskan tembakan ke atas orang awam tidak bertempat yang berlindung di kampus.[15]
Pada Mei 2024, Polis Tentera IDF membuka siasatan terhadap gambar seorang askar IDF yang sedang membaca di hadapan buku terbakar di Perpustakaan Pusat Universiti Islam Gaza, yang secara meluas dikatakan sebagai perpustakaan Universiti Al-Aqsa.[16][17]
Fakulti
[sunting | sunting sumber]- Fakulti Sains Gunaan
- Fakulti Seni dan sains Manusia
- Fakulti Pendidikan
- Fakulti Seni Halus
- Fakulti Media
- Fakulti Pengurusan dan Pembiayaan
- Fakulti Sukan
- Fakulti Teknologi Maklumat
Universiti Al-Aqsa ialah satu-satunya universiti di Genting Gaza yang menawarkan program dalam bidang media, seni halus, pendidikan jasmani, dan sukan.[18] Fakulti-fakulti tersebut menawarkan ijazah sarjana muda dengan pengajian pascasiswazah dalam program bersama, yang ditubuhkan pada tahun 1994, antara Universiti Al-Aqsa dan Universiti Ain Shams, Mesir. Program tersebut kini ditangguhkan, tetapi terdapat program ijazah sarjana di beberapa fakulti di universiti tersebut.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Position Paper on al-Aqsa University Crisis in the Gaza Strip Diarkibkan 2020-09-28 di Wayback Machine, 27 September 2016
- ^ Euro-Mediterranean Human Rights Monitor (12 March 2024). "European academics condemn Israel's destruction of education system in Gaza". euromedmonitor.org. Dicapai pada 16 March 2024.
- ^ "Which universities in Gaza has Israel destroyed?". Middle East Eye (dalam bahasa Inggeris). 2024-05-14. Dicapai pada 2025-01-05.
- ^ Adler, Jonathan (2024-07-26). "The decimation of Gaza's academia is 'impossible to quantify'". +972 Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-05.
- ^ "The loss and struggle of Palestinian universities". Arab News (dalam bahasa Inggeris). 2024-05-14. Dicapai pada 2025-01-05.
- ^ Feuer, Michael (25 August 2021). "Simple Rhetoric, Complicated Realities". Inside Higher Ed. Dicapai pada 20 February 2024.
- ^ Elshobaki, Naser. "Requirements for Applying DSS in Palestinian HEI - Applied Study on Al-Aqsa University in Gaza" (PDF). HAL Open Science. m/s. 6. Dicapai pada 20 February 2024.
- ^ a b "Israeli occupying forces destroy a branch campus of al-Aqsa University in Gaza". MIFTAH. 17 March 2004. Dicapai pada 20 February 2024.
- ^ "Protection Urged for Gaza Cultural Heritage". American Libraries. 6 March 2009. Dicapai pada 20 February 2024.
- ^ Almeghari, Rami (6 August 2009). "Crippled academia unable to recover in Gaza". The Electronic Intifada. Dicapai pada 18 February 2024.
- ^ "Construction of laboratories building - Al Aqsa University". MECC. 29 December 2022. Dicapai pada 20 February 2024.
- ^ "Al-Aqsa University Celebrated The Opening Of The Early Childhood Laboratory". Care. 18 October 2022. Dicapai pada 20 February 2024.
- ^ "In memoriam - Dr Wiesam Essa". University of Manchester. 26 January 2024. Dicapai pada 20 February 2024.
- ^ "How Israel has destroyed Gaza's schools and universities". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-17.
- ^ Nadeem, Hosni (6 February 2024). "Israeli army destroys 2 buildings of Al-Aqsa University in Gaza City". AA. Dicapai pada 18 February 2024.
- ^ PerryCook, Taija (2024-05-31). "Israeli Soldier Posed in Front of Burning Books at University in Gaza?". Snopes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-17.
- ^ Fabian, Emanuel (2024-05-24). "Military Police opens probe after soldiers filmed themselves burning a Quran and other books in Gaza". Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-05-24. Dicapai pada 2024-05-24.
- ^ "About Al-Aqsa: Overview". Al-Aqsa University. 15 July 2019. Dicapai pada 30 October 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Utama Universiti Diarkibkan 2021-08-02 di Wayback Machine