Ulu bidor
Projek Taman Botani Negara yang dirancang di Sungai Gepai , Bidor, Perak ditangguhkan kerana tidak mendapat persetujuan penduduk orang Asli di situ. Setakat ini RM 3 juta telah dilaburkan dan sedang menunggu peruntukan kerajaan Persekutuan.
Taman Botani Negara seluas 196 hektar di Bidor itu hasil ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sebahagian Hutan Simpan Bukit Tapah sebagai kawasan penyelidikan herba dan pendidikan alam sekitar.
Lebih 1,000 Orang Asli Kampung Chang, Sungai Gepai mendakwa Taman Botani Negara dibina di atas tanah milik nenek moyang mereka sejak beribu-ribu tahun lalu dan menuntut hak milik sebahagian hutan yang dicadangkan sebagai taman botani itu. Mereka akan membawa kes itu ke mahkamah dan telah mendapat bantuan kewangan dan nasihat guaman daripada beberapa NGO alam sekitar.
Menteri Besar Perak , Dato Tajol Rosli berjanji akan terus membela nasib malang Orang Asli seperti memberi tanah lain kepada mreka.Pokok ditanah sedia ada tidak akan ditebang dan Orang Asli boleh meneruskan kehidupan seperti biasa untuk mencari petai, rotan dan memburu.