Pergi ke kandungan

Ultraman Max

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ultraman Max
Lembar iklan promosi
FormatTokusatsu
PenciptaTsuburaya Productions
PengarahShusuke Kaneko
Hirochika Muraishi
Kengo Kaji
Futoshi Sato
Takeshi Yagi
Takashi Miike
Hideaki Murakami
Akio Jissoji
Hiroaki Tochihara
Toshiyuki Takano
Toshihiro Iijima
Kenji Suzuki
Dibintangi oleh
Sota Aoyama
Hitomi Hasebe
Kai Shishido
Hikari Mitsushima
Lagu pembukaan"Ultraman Max" nyanyian Team DASH & Project DMM
Negara asal Jepun
BahasaJepun
Bilangan episod39
Penerbitan
PenerbitTakeshi Yagi
Tempoh siaran24 min per episod
Penyiaran
Saluran asalJepun Chubu-Nippon Broadcasting Co., Ltd.
Siaran asal2 Julai 200525 Mac 2006
Kronologi
MengikutiUltraman Nexus
Diikuti olehUltraman Mebius
Pautan luar
Laman sesawang

Ultraman Max (ウルトラマンマックス, Urutoraman Makkusu) ialah sebuah siri TV Ultraman yang diterbit oleh Tsuburaya Productions dan Chubu-Nippon Broadcasting Co., Ltd.. Rancangan ini mengembalikan formula seekor raksasa baru per episod yang tidak diamalkan Ultraman Nexus, di samping juga beberapa pelakon lama dari siri Ultraman pertama dan juga raksasa-raksasa lama dari siri Ultra terdahulu.

Seperti wira-wira Ultra yang terdahulu, Ultraman Max berasal dari planet Nebula M78 dan dibantu oleh pasukan DASH (Defense Action Squad Heroes), sebuah cawangan UDF (United Defense Federation). Nama hos manusia bagi Ultraman Max ialah Touma Kaito. Ultraman Max direka berasaskan Ultraseven dan mempunyai dua senjata utama, iaitu "Meriam Maxium" yang ditembak dari tangan kirinya, dan "Pedang Maxium" yang berbentuk pemotong boomerang yang terletak di tangan kanannya.

Seorang lagi Ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Xenon, atau Janos, muncul buat kali pertama dalam episod 13, dan sekali lagi dalam episod 39. Ketika Ultraman Xenon sedang memanggil senjata miliknya dari angkasa untuk melawan Zetton, dia diserang Zetton hingga menyebabkan senjata tersebut bercantum dengan pergelangan tangan kanan Ultraman Max. Ultraman Max seterusnya menggunakan senjata baru itu yang dikenali sebagai "Galaksi Max" untuk memusnahkan Zetton.

Pasukan DASH berpusat di Base Titan yang terletak di sebuah pelabuhan. Mereka berlengkapkan sebuah pesawat induk bernama Dash Mother yang melancarkan tiga lagi pesawat kecil iaitu Dash Bird 1, 2 dan 3.

Pasukan DASH juga ada operator robot yang dikenali sebagai ELLY, yang perlahan-lahan mempelajari kelakuan manusia. Elly didampingi sebiji robot berbentuk bola bernama Koko yang menghasilkan bunyi nyaring apabila membalas soalan.

Siri Ultraman Max merupakan kali pertama seorang rakyat asing menjadi anggota rasmi sesebuah pasukan pembantu Ultraman. Namanya ialah Sean White, lakonan Sean Nichols yang terkenal di Jepun kerana mengacara sebuah rancangan kanak-kanak popular berjudul Eigo de Asobo.

Watak utama (Team DASH)

[sunting | sunting sumber]

Watak undangan

[sunting | sunting sumber]
  1. Ultraman Max Arrives! (ウルトラマンマックス誕生!, Urutoraman Makkusu Tanjō!)
  2. The Girl Who Keeps a Monster (怪獣を飼う女, Kaijū o Kau On'na)
  3. Proof of a Brave Man (勇士の証明, Yūshi no Shōmei)
  4. Infinite Invaders (無限の侵略者, Mugen no Shinryakusha)
  5. Appears, Monster Island! (出現、怪獣島!, Shutsugen, Kaijūtō!)
  6. Bombing, 5 Seconds Before (爆撃、5秒前, Bakugeki, Gobyō Mae)
  7. Destructor of the Star (星の破壊者, Hoshi no Hakaisha)
  8. DASH Annihilated!? (DASH 壊滅!?, Dasshu Kaimetsu!?)
  9. Dragon Lover (龍の恋人, Ryū no Koibito)
  10. Young DASH (少年DASH, Shōnen Dasshu)
  11. Prophecy of Baradhi (バラージの予言, Barāji no Yogen)
  12. Pursuit at Supersonic Speed (超音速の追撃, Chō Onsoku no Tsuigeki)
  13. Daughter of Zetton (ゼットンの娘, Zetton no Musume)
  14. I Love King Joe (恋するキングジョー, Koi Suru Kingu Jō)
  15. Miracle of the Third Planet (第三番惑星の奇跡, Dai Sanban Wakusei no Kiseki)
  16. Who Am I? (わたしはだあれ?, Watashi wa Daare)
  17. Ice Beauty (氷の美女, Kōri no Bijo)
  18. Bright World (アカルイセカイ, Akarui Sekai)
  19. Person Coming from the Door (扉より来たる者, Tobira yori Kitaru Mono)
  20. Drifting Monster (怪獣漂流, Kaijū Hyōryū)
  21. Challenge from Underground (地底からの挑戦, Chitei kara no Chōsen)
  22. Butterfly Dream (胡蝶の夢, Kochō no Yume)
  23. Youth Again (甦れ青春, Yomigaere Seishun)
  24. The Untargeted Town (狙われない街, Nerawarenai Machi)
  25. A Distant Friend (遥かなる友人, Haruka Naru Yūjin)
  26. Elly of Christmas (クリスマスのエリー, Kurisumasu no Erī)
  27. The Taken Max Spark (奪われたマックススパーク, Ubawareta Makkusu Supāku)
  28. Attack of the Evil (邪悪襲来, Jaaku Shūrai)
  29. Why Do Monsters Appear (怪獣は何故現れるのか, Kaijū wa Naze Arawareru Noka)
  30. Courage Is from the Heart (勇気を胸に, Yūki o Mune ni)
  31. Burn! Earth!! (燃えつきろ! 地球!!, Moe Tsukiro! Chikyū!!)
  32. Elly Destruction Directive (エリー破壊指令, Erī Hakai Shirei)
  33. Welcome! To the Earth: Part 1: The Science of the Planet Baltan (ようこそ! 地球へ 前篇 バルタン星の科学, Yōkoso! Chikyū e Zenpen Barutan Sei no Kagaku)
  34. Welcome! To the Earth: Part 2: Farewell! Alien Baltan (ようこそ! 地球へ 後篇 さらば!バルタン星人, Yōkoso! Chikyū e Kōhen Saraba! Barutan Seijin)
  35. Adam and Eve of M32 Nebula (M32星雲のアダムとイブ, Emu Sanjūni Seiun no Adamu to Ibu)
  36. Alternate Dimension World (イジゲンセカイ, Ijigen Sekai)
  37. Constellation Thief (星座泥棒, Seiza Dorobō)
  38. Prelude to Ground Annihilation (地上壊滅の序曲, Chijō Kaimetsu no Jokyoku)
  39. Hold On To! Future (つかみとれ! 未来, Tsukami Tore! Mirai)
  40. Special Finale -To the Ultra Future- (スペシャルフィナーレ ~ウルトラの未来へ~, Supesharu Fināre -Urutora no Mirai e-)

Statistik Ultraman Max

[sunting | sunting sumber]
  • Ketinggian: 48 meter
  • Berat: 37,000 ton
  • Umur: 7,800 tahun
  • Planet Asal: Nebula M78
  • Bentuk manusia: Kaito Touma
  • Alat bertukar: Max Spark