Pergi ke kandungan

Ujian genetik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ujian genetik atau ujian DNA membolehkan penentuan darah keturunan dan diagnosis genetik terhadap kerentanan kepada penyakit keturunan. Dalam bidang pertanian, sejenis ujian genetik yang dikenali sebagai ujian progeni boleh digunakan untuk menilai kualiti baka ternak. Dalam bidang ekologi populasi, ujian genetik boleh digunakan untuk menjejak kekuatan dan kerentanan genetik populasi spesies.

Bagi manusia, ujian genetik boleh digunakan untuk menentukan keturunan (ibu dan ayah kandung) seorang anak atau secara umumnya leluhur seseorang atau hubungan biologi antara individu. Di samping mengkaji kromosom ke tahap gen-gen individu, ujian genetik pada umumnya termasuk ujian biokimia untuk kehadiran penyakit genetik, atau gen-gen bentuk mutan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap gangguan genetik.

Ujian genetik mengenalpasti perubahan dalam kromosom, gen atau protein.[1] Makin lama makin banyak jenis ujian genetik. Dahulu, ujian genetik utamanya mencari bilangan kromosom abnormal dan mutasi yang menyebabkan kecelaruan keturunan yang jarang ditemui. Kini, ujian melibatkan analisis berbilang gen untuk menentukan risiko menghidap penyakit atau kecelaruan tertentu, terutama sekali penyakit umum seperti penyakit jantung dan kanser.[2] Hasil ujian genetik boleh mengesahkan sama ada wujudnya atau tidak keadaan genetik yang disyaki atau menentukan kebarangkalian seseorang menghidapi atau menurunkan gangguan genetik. Kini beratus-ratus kaedah ujian genetik sedang digunakan, dan banyak lagi sedang dibangunkan.[3][4]

Oleh sebab mutasi genetik boleh mempengaruhi struktur protein yang dikodkan secara langsung, maka ujian untuk penyakit genetik tertentu juga boleh dicapai dengan meneliti protein-protein berkenaan atau metabolitnya, atau meneliti kromosom yang diwarnakan atau dipendarkan cahaya di bawah mikroskop.[5]

  1. ^ "What is genetic testing? - Genetics Home Reference". Ghr.nlm.nih.gov. 30 Mei 2011. Dicapai pada 2011-06-07.
  2. ^ "Regulation of Genetic Tests". National Human Genome Research Institute. USA.gov. Dicapai pada 23 April 2015.
  3. ^ "Genetic Testing: MedlinePlus". Nlm.nih.gov. Dicapai pada 7 Jun 2011.
  4. ^ "Definitions of Genetic Testing". Definitions of Genetic Testing (Jorge Sequeiros and Bárbara Guimarães). EuroGentest Network of Excellence Project. 2008-09-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2009. Dicapai pada 10 Ogos 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "Gene Testing". Human Genome Project Information.