Pergi ke kandungan

UiTM Cawangan Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pulau Pinang
MotoUsaha, Takwa, Mulia
JenisUniversiti Awam
Ditubuhkan pada16 Jun 1996
CanselorKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim
Naib CanselorProfesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin
RektorProfesor Dato' Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali
Lokasi,
Kampus
  • Permatang Pauh
  • Bertam
Laman sesawangpenang.uitm.edu.my

UiTM Cawangan Pulau Pinang ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas dua kampus UiTM di Pulau Pinang iaitu Permatang Pauh (utama) dan Bertam. Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus sebenar UiTM Pulau Pinang ialah di Jalan Permatang Pauh dan mula diduduki pada bulan Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan pada Julai 1996 dengan enrolmen seramai 230 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini yang menamatkan pengajian di UiTM Pulau Pinang ialah pada Mei 1999. Staf permulaan di sini adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik. Tumpuan utama UiTM Pulau Pinang adalah kepada bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma. Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak 1995 dengan kapasiti 10,000 enrolmen dengan kejuruteraan, pengurusan Hotel dan pelancongan sebagai bidang-bidang utama.

Permatang Pauh

[sunting | sunting sumber]
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pengajian Kejuruteraan Kimia
  • Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Sains Kesihatan

Pembelajaran

[sunting | sunting sumber]

Kursus yang ditawarkan

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Sains Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dengan Pengurusan (Coursework)
  • Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Msc) (Penyelidikan)
  • Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik (Phd) (Penyelidikan)
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Awam (Infrastruktur)
  • Sarjana Sains Pengurusan Pembinaan (Kerja Kursus)
  • Sarjana Sains Kejuruteraan Forensik Infrastruktur (Kerja Kursus)
  • Sarjana Sains (Kejuruteraan Awam)
  • Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam)
  • Diploma in Mechanical Engineering
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (Kepujian)
  • Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia
  • Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia
  • Diploma Pengurusan Hotel
  • Diploma Pengurusan Pelancongan
  • Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
  • Diploma Seni Kulinari
  • Diploma Seni Pastri
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari
  • Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Hotel (Penyelidikan)
  • Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Pelancongan (Penyelidikan)
  • Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Perkhimatan Makanan (Penyelidikan)
  • Doktor Falsafah Hotel dan Pelancongan
  • Diploma Farmasi
  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan
  • Diploma Kesihatan Persekitaran
  • Diploma Fisioterapi
  • Diploma Permulihan Cara Kerja

Kepimpinan Universiti

[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang[1]

[sunting | sunting sumber]

Sejarah Penubuhan Perpustakaan

[sunting | sunting sumber]
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang
PTAR UiTM Pulau Pinang
*ڤتار* *اويتم* ڤولاو ڤينڠ
MotoPembudayaan Ilmu
Membentuk Adiwangsa
ڤمبوداياءن علمو ممبنتوق اديوڠسا
JenisPerpustakaan Akademik
Ditubuhkan pada16 Jun 1996
Institusi induk
Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang
Staf pentadbiran
23 orang
Alamat
Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh 13500
,
Permatang Pauh
,
Pulau Pinang
,
Malaysia
Laman sesawangpenang.library.uitm.edu.my

Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir (1996 - 2003)

[sunting | sunting sumber]

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Seberang Perai dan ianya merupakan kampus kesebelas UiTM. Program yang ditawarkan ketika itu adalah Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal seramai 230 orang pelajar. Di sini, perpustakaan ditempatkan di salah satu bangunan sekolah bagi menyokong sesi pengajaran dan pembelajaran. Perpustakaan ini diketuai oleh seorang Pustakawan, Encik Noor Hidayat bin Adnan dan dibantu oleh 3 orang Pembantu Perpustakaan, seorang Jurutaip dan 4 orang Pembantu Am Rendah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir

Kompleks Perdana UiTM Permatang Pauh (2003 - 2011)

[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 2003, perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berpindah dari Sekolah Menengah Permatang Pasir, Pulau Pinang ke bangunan Kompleks Perdana di Universiti Teknologi Mara Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang. Seiring dengan penambahan kapasiti pelajar dengan menjadikan Kejuruteraan dan Pengurusan Hotel dan Pelancongan sebagai bidang-bidang utama, bangunan perpustakaan telah dirancang untuk dibina.

Bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak PTAR (2011- Kini)

[sunting | sunting sumber]

Setelah pembinaan bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak siap pada tahun 22 Mac 2011, semua operasi kerja telah dipindahkan dari bangunan lama (Kompleks Perdana) ke bangunan ini pada 25 Mei 2011. Bangunan setinggi 3 tingkat ini mempunyai struktur moden dan berkeluasan 5650 mps yang boleh memuatkan seramai 520 orang pengguna pada satu masa. Perpustakaan telah dirasmikan pada 30 April 2015 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan pada ketika itu. Dengan perasmian itu, nama baru Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang adalah Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

Gambar PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Gambar PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Ketua Perpustakaan Cawangan

[sunting | sunting sumber]
Bil Penyandang Tahun Khidmat
1
Ts. Noor Hidayat Bin Adnan, lahir pada 10 April 1963 di Kedah Darul Aman, merupakan seorang profesional berpengalaman dalam bidang perpustakaan dan pengurusan maklumat. Beliau memiliki Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (2001) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (1986). Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting, termasuk Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam (2011–2022), Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (2008–2011), dan Timbalan Ketua Pustakawan (2003–2007). Pengalaman beliau turut merangkumi perkhidmatan di UiTM Pulau Pinang, PTAR, UiTM Arau, dan Institut Insurans Malaysia. Beliau juga merupakan Teknologis Profesional (MBOT) dan ahli Persatuan Perpustakaan Malaysia (PPM). Antara anugerah yang diterima ialah Anugerah Tokoh Pentadbir UiTM (2020), Anugerah Khas Pentadbir PPUiTM (2023), dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UiTM (1998, 2006).
Ts. Noor Hidayat Bin Adnan
1996 - 2001
2
Asmah Binti Maarof
2002- 2007
3
Hayati Binti Mokhtaram
2009 - 2022
4
Ahmad Faizar Bin Jaafar
2023 - Kini

Fasiliti-Fasiliti Perpustakaan

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

https://library.uitm.edu.my/penang

  1. ^ "Home". UiTM Penang Library (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-04.