Uhud
Penampilan
Uhud | |
---|---|
جبل أحد | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,077 m (3,533 ka) |
Koordinat | 24°30′13″N 39°36′56″E / 24.50361°N 39.61556°E |
Geografi | |
Lokasi | Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi |
Bukit Uhud atau Gunung Uhud (Arab: جبل أحد ) ialah sebuah bukit yang terletak di utara kota Madinah, Arab Saudi dengan ketinggian 1077 meter. Batuan Uhud lazimnya terdiri daripada granit merah.[1]
Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 H / Mac 625 M. Tentera Muslim yang awalnya menguasai pertempuran meninggalkan kedudukan strategik mereka di atas bukit. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang, 'menewaskan' orang Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri cedera agak teruk.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "أحد.. جبل يحبنا ونحبه". Al-Riyadh (dalam bahasa Arab). 17 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Uhud di Wikimedia Commons