Udang Di Sebalik Batu (filem)
Udang Di Sebalik Batu | |
---|---|
Pengarah | Hussein Haniff |
Dibintangi | Ahmad Othman Roseyatimah Mustapha Maarof Suraya Harun |
Sinematografi | Hitam Putih |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1966 |
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Udang Di Sebalik Batu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Udang Di Sebalik Batu diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Udang Di Sebalik Batu diarah oleh pengarah Hussein Haniff pada 1966.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan Darwish (Ayah Suria) tidak merestui perhubungan anaknya Suria dengan Badai. Dia percaya yang Badai menipunya dengan menyamar sebagai Datuk Muda Pangeran Badai, anak Datuk Syahbandar Tun Nila Indera yang berkhidmat di Istana Teratai. Selain itu dia beranggapan Badai hanya ingin mengambil kesempatan pada anaknya. Ayah Suria mahu menjodohkan anaknya dengan Aman, seorang pemuda yang baik, rajin dan bertanggungjawab.
Badai telah merancang untuk mengenakan Aman dengan memfitnahnya memecah masuk dan merompak barang kemas di rumah Suria. Aman telah dihukum dan di halau keluar dari kampung. Tanpa pengetahuan masyarakat kampung, Badai sebenarnya ketua perompak yang sering membuat kekecohan di kampung itu. Badai juga mempunya seorang perempuan simpanan iaitu Kembang seorang penari istana. Segala rahsia dan tipu helah Badai akhirnya terbongkar dan penduduk kampung terkejut Badai yang selama ini disangka baik dan mengambil berat rupa-rupanya Udang Di Sebalik Batu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Ahmad Othman sebagai Aman
- Roseyatimah sebaga Suria
- Mustapha Maarof sebaga Badai
- Suraya Harun sebagai Kembang
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- M. Jatirata sebaga Darwish (Ayah Suria)
- Rahmah Latiff sebaga Timah (Ibu Suria)
- Ahmad Sabri sebaga Pak Awang
- Yusof Latiff