Ubi tum
Ubi tum | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Order: | Dioscoreales |
Keluarga: | Dioscoreaceae |
Genus: | Dioscorea |
Spesies: | D. bulbifera
|
Nama binomial | |
Dioscorea bulbifera | |
Sinonim[1] | |
|
Ubi tum, ubi cina, ubi kastela, ubi kemili hutan, ubi sentul, ubi setong, ubi takut babi dan kentang angin,[2][3] dengan nama saintifik Dioscorea bulbifera ialah spesies ubi betul dalam keluarga gadung-gadungan, Dioscoreaceae. Ia tempatan dari Afrika, Asia dan utara Australia.[1] Ia ditanam dengan meluas dan telah diserapkan ke bermacam kawasan (Amerika Latin, Hindia Barat, tenggara Amerika Syarikat, dan beberapa kepulauan Oceanik).[1]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Dioscorea bulbifera ialah tumbuhan saka memanjat dengan daun lebar berselang-seli dan dua jenis organ simpanan. Tumbuhan ini membentuk bebawang gantung di ketiak daun pada batang lilitnya dan umbi di dalam tanah. Umbinya semacam kentang yang bujur kecil. Beberapa jenis boleh makan dan ditanam menjadi tanaman makanan, lagi-lagi di Afrika Barat. Umbi jenis boleh makan kerap berasa pahit, yang mana boleh dihilangkan selepas direbus. Ia boleh dihidangkan dengan jalan yang sama dengan keledek, kentang dan ubian lain.
Ubi tum boleh tumbuh dengan sangat pantas kira-kira 8 inci setiap hari, sehingga mencapai lebih 60 ka panjang.[4] Ia sering memanjat ke puncak pokok dan cenderung menawan tumbuhan tempatan. Tumbuhan baru berkembang daripada bebawang yang terbentuk pada pokok dan menjadi satu cara bagi pemencaran. Batang udara ubi tum mati pada musim sejuk, namun pertunasan kembali terjadi melalui bebawang dan batang bawah tanah.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]
|
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Dioscorea bulbifera". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2022-07-23.
- ^ "Ubi Tum @ Air potato". Fazlisyam Dot Com. 12 Julai 2015. Dicapai pada 2022-07-23.
- ^ "ubi cina". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
- ^ Invasives Database, TexasInvasives.org, Dioscorea bulbifera