USS Kentucky (BB-66)
Badan kapal Kentucky (BB-66), iaitu kapal tempur kelas Iowa, mula dibina di Norfolk Navy Yard, Portsmouth, Virginia, pada 6 Disember 1944, tetapi pembinaanya digantung pada 17 Februari 1947 apabila kapal perang hampir 72.1 peratus siap. Ia dilancarkan pada 20 Januari 1950 untuk mengosongkan dermaga untuk pembaikian USS Missouri (BB-63) selepas terdampar.
Enjin Kentucky's digunakan bagi membekalkan tenaga kepada kapal penyokong tempur laju USS Sacramento (AOE-1) dan USS Camden (AOE-2).
Pada May atau Jun 1956, hadapan Kentucky dialih dan dipindahkan di atas tongkang kren dari Newport News, Virginia, di mana ia ditunda, kembali ke Norfolk Naval Shipyard, untuk digunakan bagi kerja baikpulih USS Wisconsin (BB-64), yang rosak akibat perlanggaran dengan USS Eaton (DDE-510) pada 6 Mei 1956.
Kentucky dikeluarkan daripada Daftar Kapal Tentera Laut Amerika pada 9 Jun 1958 dan badan kapal yang tidak siap telah dijual sebagai besi buruk kepada Boston Metals Company dari Baltimore, Maryland, pada 31 October.