Tyrifjorden
Penampilan
Tasik Tyrifjorden adalah tasik ke-5 terbesar di Norway dengan keluasan 137 km persegi. Dalam airnya 295 meter dan terletak di 63 meter di atas paras laut. Sungai Begna keluar dari Tasik Tyrifjorden di Hønefoss dan membentuk air terjun Hønefossen. Ada 3 buah pulau di tasik ini iaitu pulau Utoeya,Storøya dan Frognøya.
Tasik ini terletak di daerah Buskerud dalam majlis pentadbiran Hole, Lier, Modum dan Ringerike. Di sinilah terjadinya tasik fiod iaitu hasil daripada hanyutan glasier.
Pada 22 Julai 2011, seramai 69 remaja dari Parti Buruh Norway yang berkhemah di pulau Utoeya ditembak secara membabi-buta dalam Serangan Norway 2011.