Tutup bumi
Tutup bumi | |
---|---|
Daun-daun tapak liman menjambak | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | E. scaber
|
Nama binomial | |
Elephantopus scaber Linn.
| |
Sinonim | |
|
Tutup bumi, tapak sulaiman atau tapak liman (nama saintifik: Elephantopus scaber[1][2]) spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae; ia terdapat di hutan-hutan montane lembap subtropika dan tropika Afrika, tenggara dan selatan Asia termasuk anak benua India serta utara benua Australia.[3][4][5][6][7][8][9]
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Nama "tapak sulaiman" serta "tapak liman" datang dari kepercayaan orang Melayu dahulu bahawa tumbuhan ini bekas tapak nabi Sulaiman yang memerangkap jin dalam tanah.[10] Nama tersebut turut diberikan kepada suatu haiwan tepi laut banyak lengan[11] kerana penampilan yang agak sama.
Tumbuhan ini turut diberi nama tapak babi di Singapura.[11][12]
Botani
[sunting | sunting sumber]Pokok tutup bumi sejenis herba mampu tumbuh setinggi 30 hingga 60 sentimeter Daun-daunnya menjambak di muka tanah apabila matang setiap satunya berbentuk kebujuran dengan ukuran 5-10 sm panjang 1.2-3 sm lebar.[2]
Bunga yang dihasilkan halus kecil berwarna putih kejambuan.[2]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Dalam perubatan tradisional, ia digunakan bagi merawat penyakit demam kepialu. Ia digunakan sebagai ubat melawas kencing serta dibalut pada luka mengurangkan rasa sakit.[10]
Air rebusan akar atau daun boleh diminum membunuh cacing serta merawat batuk dan penyakit kelamin seperti keluarnya kekuningan dalam faraj.[10][2] Air rebusan akar segar dicampur sirih untuk melegakan tekak mengelakkan rasa mahu muntah, daunnya digunakan untuk merawat busung.[10]
Akar pokok boleh digunakan untuk merawat luka pada lembu.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Muhamad Zakaria; Mustafa Ali Mohd. Traditional Malay Medicinal Plants. Institut Terjemahan Negara Malaysia. m/s. 172. ISBN 978-983-068-385-0.
- ^ a b c d e Hwee Ling Koh; Tung Kian Chua; Chay Hoon Tan (2009). A Guide to Medicinal Plants: An Illustrated, Scientific and Medicinal Approach. Singapura: World Scientific Publishing. m/s. 61–62, 168. ISBN 978-981-283-709-7.
- ^ Flora of China, 地胆草 di dan cao Elephantopus scaber Linnaeus, Sp. Pl. 2: 814. 1753.
- ^ Atlas of Living Australia, Elephantopus scaber L.
- ^ Breedlove, D.E. 1986. Flora de Chiapas. Listados Florísticos de México 4: i–v, 1–246.
- ^ Humbert, H. 1960. Composées. Fl. Madagasc. 189: 198-199 description in French
- ^ Humbert, H. 1960. Composées. Fl. Madagasc. 189: plate I (1), figures 10-12 at right line drawings of Elephantopus scaber
- ^ Jeffrey, C. 1988. Notes on Compositae: V. The Vernonieae in East Tropical Africa. Kew Bulletin 43(2): 195–277.
- ^ Nelson, C. H. 2008. Catálogo de las Plantas Vasculares de Honduras 1–1576. Secretaria de Recursos Naturales y Ambiente, Tegucigalpa.
- ^ a b c d "Tumbuhan Ubatan: Tutup bumi". Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. 2021. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ a b Wilkinson, Richard James (1901). "tapak". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 150. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ "babi", Wilkinson (1901), m/s. 73.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora & Fauna Web, Lembaga Taman Negara Singapura