Pergi ke kandungan

Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Yaakob
Yang Teramat Mulia
Keputeraan27 Disember 1899
Kota Kanchut, Alor Setar, Kedah
Kemangkatan28 Disember 1990 (umur 91)
PemakamanMakam Diraja Langgar Kedah
AyahandaSultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
BondaSharifah Fatimah binti Syed Idrus

Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (diputerakan pada 27 Disember 1899 di Kota Kanchut, Alor Setar, Kedah) ialah putera kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26, serta abang kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Tunku Yaakob belajar di Universiti Cambridge dalam jurusan sains pertanian.

Pada bulan Disember 1943, pihak berkuasa Thailand yang menguasai Kedah memutuskan untuk memulihkan sebahagian model pentadbiran pra-perang British selepas menyedari bahawa Pihak Berikat akan memenangi Perang Dunia II. Selepas peranan tentera di dalam pentadbiran negeri dihapuskan, Sultan Kedah dikembalikan sebagai Ketua Negeri yang memerintah dengan bantuan penasihat Thailand. Pihak berkuasa Thailand juga memulihkan pentadbiran negeri kepada Majlis Montri Sabha yang dahulu dikenali sebagai Majlis Negeri, dengan Sultan Kedah merupakan Presiden majlis tersebut. Tunku Yaakob dijadikan Naib Presiden Majlis Montri Sabha. [1]

Tunku Yaakob menjadi duta besar Malaysia di Perancis pada tahun 1965. [2]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.