Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ismail
Tunku Abdul Rahman | |||||
---|---|---|---|---|---|
Keputeraan | Tunku Abdul Rahman ibni Tunku Ismail 25 November 1933 Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) | ||||
Kemangkatan | 12 Julai 1989 Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor, Malaysia | (umur 55)||||
Pemakaman | 13 Julai 1989 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor, Malaysia | ||||
Pasangan | Tunku Shahariah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman (k. 1956–1989)[1] | ||||
Anakanda | Tunku Abu Bakar [1] | ||||
| |||||
Kerabat | Temenggong [2] | ||||
Ayahanda | Sultan Ismail ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur | ||||
Bonda | Sultanah Aminah binti Almarhum Ungku Ahmad [3] | ||||
Agama | Islam |
Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi (25 November 1933 – 12 Julai 1989) adalah anakanda Sultan Ismail serta adinda Sultan Iskandar.[1] Tunku Abdul Rahman memegang jawatan Tunku Mahkota [4] selama dua puluh tahun sehingga tidak lama sebelum kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Penamatan jawatannya itu dianggap berkontroversi untuk beberapa tempoh yang singkat.[5]
Krisis pewarisan takhta
[sunting | sunting sumber]Dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor
[sunting | sunting sumber]Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor oleh ayahandanya, Sultan Ismail pada 10 Ogos 1961, setelah kekandanya, Tunku Mahmood Iskandar dilucutkan dari jawatan itu yang dikatakan atas sebab salah laku.[6] Lima tahun kemudian pada bulan Disember 1966, Tunku Mahmood Iskandar telah dilantik sebagai Raja Muda Johor di atas permintaan Sultan Ismail sendiri dan diluluskan oleh Jumaah Majlis DiRaja Johor. Tunku Mahmood Iskandar berada dalam barisan kedua pewarisan takhta kerajaan monarki Johor di belakang adindanya, Tunku Abdul Rahman.[7]
Diturunkan dan dilantik sebagai Tunku Aris Bendahara Johor
[sunting | sunting sumber]Pada 29 April tahun 1981, apabila Sultan Ismail dalam keadaan gering, Tunku Iskandar dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor (11 hari). Baginda Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 dan pengganti Sultan Johor telah diisi Tunku Mahmood Iskandar pada 11 Mei 1981.[8] Keputusan itu telah mengejutkan ramai pihak, termasuk Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Saat yang segera mengkritik tindakan Sultan Iskandar, dan terus mendapat murka baginda pada masa yang sama. Tunku Abdul Rahman kini menjawat tugas Tunku Aris Bendahara Johor memutuskan untuk berdiam diri pada awalnya, tetapi kemudian beliau meluahkan rasa terkejut dan kecewa atas keputusan almarhum ayahandanya pada saat-saat akhir hayatnya, menyatakan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan semasa dua puluh tahun menjawat tugas sebagai Tunku Mahkota Johor dan juga menyebutkan beberapa sumbangan besar kepada negeri semasa penjawatannya.[9]
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Selepas krisis pewarisan, Tunku Abdul Rahman kembali ke jawatan Tunku Aris Bendahara Johor, jawatan yang pernah disandangnya dari tahun 1959-1961. Tunku Abdul Rahman, yang ketika itu sudah dalam keadaan gering, menyandang jawatan tersebut sehingga ke hari kemangkatannya pada tahun 1988. Dalam tahun berikutnya, kesihatan beliau, semakin bertambah teruk ekoran beliau menghidapi diabetes sejak bertahun-tahun, dilaporkan juga salah satu kakinya telah dipotong. Beliau mangkat pada 12 Julai 1989 akibat komplikasi diabetes.[10] Selepas kemangkatannya, jawatan Tunku Aris Bendahara Johor telah diturunkan kepada putera lelaki bongsu Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail iaitu Tunku Abdul Majid Idris ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj manakala putera sulungnya, Tunku Ibrahim Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor yang baharu.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Johor15, [1], retrieved 11 January 2009
- ^ Nesalamar Nadarajah, pg 44
- ^ Who's who in Malaysia ... & Profiles of Singapore, Morais (1967), pp. xxii; Selamat Johor Tanda Kenangan
- ^ Tengku dieja Tunku di Johor. Malaysian Politics Under Mahathir, pg xv
- ^ Asian Recorder, K. K. Thomas, Recorder Press, 1981, pp. 16108
- ^ Asian Recorder, K. K. Thomas, Recorder Press, 1981, pp. 22904
- ^ Malaysia (1966) ...former Tengku Mahkota of Johore, Tengku Mahmood Iskandar, was in December appointed Raja Muda. ...at the request of the Sultan, the appoint- las been approved by the new Council of Royal Court. appointment of Tengku Mahmood as Raja will not affect the position of his younger brother, Tengku Abdul Rahman, who is the pre-sent Tengku Mahkota. The title is one rank below that of Tengku Mahkota, but both brothers are eligible to succeed their father on the approval of the Council of Royal Court.
- ^ Information Malaysia (1985), pp. 58
- ^ Lest We Forget: Further Candid Reminiscences, Tunku Putra Al-Haj Abdul Rahman, pg 175
- ^ Krisis Sultan-Menteri Besar, Wariya, pg 105-110
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Johore and the Origins of British Control, 1895-1914, Nesalamar Nadarajah, published by Arenabuku, 2000, ISBN 967-970-318-5
- Krisis Sultan-Menteri Besar, by Chamil Wariya, published by Media Indah, 1992
- Lest We Forget: Further Candid Reminiscences, by Abdul Rahman, Tunku Putra Al-Haj Abdul Rahman, published by Eastern Universities Press (M), 1983, ISBN 967-908-000-5
- Malaysia, by British Association of Malaysia, British Association of Malaysia and Singapore, published 1966
- Malaysian Politics Under Mahathir, by Robert Stephen Milne and Diane K. Mauzy, Routledge, 1999, ISBN 0-415-17143-1
- Massa: Majalah Berita Mingguan, published by Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 2003
- Who's who in Malaysia ... & Profiles of Singapore, by John Victor Morais, published by Who's Who Publications, 1967
- Who's who in Malaysia ... & Profiles of Singapore, by John Victor Morais, published by Who's Who Publications, 1982
- Kelahiran 1933
- Kematian 1989
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Bali
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Denmark
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Tunku Mahkota Johor
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Dato’ Sri Setia Sultan Ismail Johor
- Penerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
- Penerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini