Pergi ke kandungan

Tumpahan minyak di Selat Melaka 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada Ahad, 18 Februari 2007, jam 5.45 pagi, kapal kontena MV Sahelderberg yang berdaftar di Belanda bertembung dengan kapal tangki Ocean Sapphire di perairan Tanjung Piai, selatan Johor.[1] Tumpahan minyak MV Sahelderberg berlaku seluas 1 km persegi. Kapal Ocean Sapphire yang berdaftar di Singapura pula tidak membawa sebarang muatan.

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menetapkan bon jaminan segala kos merawat dibiayai oleh kapal yang mencemarkan alam sekitar. Pihak Singapura dan Indonesia telah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Johor bersama Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat tinjauan udara tentang keseriusan pencemaran di Selat Melaka itu. Jabatan Laut, Polis Marin Malaysia dan PDRM turut memantau.

Selat Melaka merupakan laluan kapal dagang yang sibuk dan pencemaran sering berlaku. Kapal-kapal dagang sering mencuci kapal dan membuang sisa kotoran tanpa disedari.[perlu rujukan]