Pergi ke kandungan

Tukang sayap berjalur besar (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tukang sayap berjalur besar
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Systellura
Spesies:
S. longirostris
Nama binomial
Systellura longirostris
(Bonaparte, 1825)
Subspecies

See text

Tukang sayap berjalur besar (Systellura longirostris) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia tersebar luas di Amerika Selatan, di mana ia ditemui di Andes, Banjaran Pantai Venezuela, Pergunungan Santa Marta, kebanyakan Cile, Argentina, Paraguay, Uruguay, dan timur Brazil. Ia mendiami pelbagai habitat, dari pinggir hutan pergunungan yang lembap hingga separa gurun bersemak belukar dan bumbung bandar.

Taksonomi dan sistematik

[sunting | sunting sumber]

Menurut satu pencirian morfologi, mungkin terdapat dua kumpulan subspesies yang bertaburan di kawasan yang berbeza. Kumpulan pertama dicirikan sebagai berwarna perang-kelabu (kawasan tanah rendah di tengah, timur, dan selatan julatnya) dan kumpulan subspesies lain berwarna perang kehitaman (utara dan barat di tanah tinggi). Semua individu dalam setiap kumpulan dianggap berbeza dalam warna dan dwibentuk mengikut jantina.

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Lapan subspesies telah diiktiraf, termasuklah dua subspesies baharu, satu dari Cile[2] dan satu lagi dari Brazil[3] yang diperihalkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Tukang sayap berjalur kecil dahulunya juga dianggap sebagai subspesiesnya, tetapi kini telah dinaiktaraf menjadi spesies tersendiri. Baru-baru ini, telah dicadangkan bahawa kedua-dua S. l. roraimae dan S. l. ruficervix juga patut dianggap sebagai spesies tersendiri.[4]

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]

Dalam julatnya yang besar, terdapat kelainan ketara dalam morfologinya, tetapi, seperti nama lazimnya, ia sentiasa mempunyai jalur ketara di sayapnya (boleh dilihat dalam penerbangan), iaitu putih pada jantan, kuning pucat pada betina.

Panjangnya dari 20 hingga 27 cm (untuk individu di Ekuador, 21.5 hingga 23 cm). Iris, paruh, tungkai, dan kakinya perang hingga perang kehitaman. Bahagian atasnya perang-kelabu, perang kehitaman, jingga-perang, perang-kuning pucat, dan putih-kelabu. Tengkuknya jingga-perang hingga perang kekuningan. Bulu susup sayapnya perang-kelabu bertompok padat kekuningan hingga perang-kelabu. Skapulanya perang kehitaman. Kadangkala terdapat tanda putih pada bawah tekak jantan, manakala kadangkala pada betina bertanda perang kekuningan. Perut dan lambungnya perang atau perang kekuningan. Apabila dalam penerbangan, jantan bertanda putih di sisi empat bulu primer pertamanya, serta berjalur putih pada rektrik pertama dan keempat. Betina tiada tanda putih pada ekornya.[4]

Muka jantan perang-kelabu bertanda perang; gombak dan sisi dahinya putih-kelabu. Relangnya perang kekuningan hingga jingga-perang terbentuk di sisi leher. Punggungnya perang-kelabu gelap dengan bertompok perang kehitaman. Alula dan sisi bulu susup sayapnya putih. Bulu susup sayapnya kebanyakannya perang, bertompok perang kekuningan dan perang. Skapulanya perang kehitaman, bertitik perang kekuningan dan bertompok perang. Bulu primer ke-7-10 dan sekundernya perang berjalur putih di tengah; kontur P6-P1 perang kekuningan di sisi dan jingga keperangan bertanda perang kecil. Bulu tertier perang-kelabu bertitik perang. Ekornya terutamanya perang; bertanda putih di rektrik ketiga dan kelima dengan jingga keperangan dan perang kekuningan sebagai kontur, biasanya jalur putih 10mm ditandakan merentasi separuh daripada ruit tengah atas, bertitik putih dan perang kekuningan di sisi luar atas jalur di rektrik ketiga dan kedua. Dagu dan tekak atasnya perang kekuningan, berjalur putih menonjol di bahagian bawah tekak. Dada, perut, lambung, dan bulu susup perut perang kelabu atau perang hingga perang kekuningan.[4]

Tidak seperti jantan, betina mempunyai tekak perang kekuningan; merentasi bulu primer ke-7 hingga ke-10 berwarna jingga keperangan hingga perang kekuningan dan ekornya tiada tanda putih. Juvenil dan anak belum matang mirip dewasa tetapi kurang berbintik-bintik, dengan jalur jingga keperangan kecil yang sempit pada bulu primer.[4]

Anaknya dilahirkan dengan buluan samar yang membantunya sebati dengan tanah di sekelilingnya untuk mengelakkan pemangsaan. Ia mengambil masa kira-kira lapan hari untuk warna buluannya mula menyerupai buluan dewasa. Ia menetas dengan mata separuh terbuka dan kekal pegun pada hari pertama. Penerbangan pertama atau luncuran pendek bermula selepas hari ke-12 di bawah kewaspadaan dewasa (ia tidak dinyatakan jika penjagaan dikongsi oleh kedua-dua induk atau hanya satu). Berat telurnya lebih kurang 3.03 g dan anaknya 4.63 ± 0.25 g.[5]

Vokalisasi

[sunting | sunting sumber]

Ia mempunyai pelbagai seruan. Seruan wilayah ialah siulan tajam yang tinggi, siiiiirt swiiiirt siiiit, sentiasa diulang setiap 1 hingga 3 saat. Siulan boleh didengari pada waktu senja atau subuh. Siulan penerbangan biasanya kedengaran semasa musim pembiakan sebagai ciit tinggi. Betina apabila dipaksa keluar mengeluarkan bunyi sengau seperti tcrii-ii.[4]

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Ia boleh ditemui pada ketinggian sehingga 4200 m. Habitatnya berjulat dari pinggir hutan hingga ke tanah semak separa gersang, kawasan lapang, dan juga di atas bumbung bangunan. Ia bersifat nokturnal. Ia menetap dalam pelbagai persekitaran, dari lantai hutan hingga ke bangunan. Di Rio de Janeiro, ia telah diperhatikan bertengger berhampiran sumber cahaya untuk memakan serangga yang tertarik dengan cahaya tersebut.[6]

Tingkah laku dan ekologi

[sunting | sunting sumber]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Ia memakan serangga, terutamanya rama-rama, kumbang, dan anai-anai.[4]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Musim pembiakan berbeza mengikut wilayah. Di barat Venezuela, ia adalah dari Februari–September; Bagi Ekuador, Kolombia dan Cile, dipercayai masing-masing sekitar akhir Julai, Februari hingga November dan November; dan untuk Argentina dan SE Brazil (Río de Janeiro) dari September hingga Oktober. Dalam pemikatan, jantan membongkok ke tanah, mendedahkan tompok putih pada rectices. Balang malam bersayap jalur tidak membina sarang, sebaliknya telur diletakkan di atas lekukan tanah di antara tumbuh-tumbuhan lebat, tanah kosong, atau tepi jalan. Biasanya, mereka bertelur 1-2 biji elips setiap musim pembiakan yang berbeza warna dari merah jambu berkrim, keputihan, perang tompok, ungu dan kelabu. [4]

Telurnya berpanjang kira-kira 25 mm dengan lebar 20 mm, dan berberat ~5 g. Telurnya menetas selepas tempoh 17 hari. Betina mengeram dan menjaga anak dalam tempoh yang lama pada siang hari (~14 jam), manakala jantan biasanya hanya menghabiskan 20% masanya dengan telur dan anak. Induk biasanya meninggalkan sarang semasa senja atau subuh; tiada bukti induk menggerakkan telur di sarang.[5]

  1. ^ BirdLife International (2016). "Systellura longirostris". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22725678A94899321. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22725678A94899321.en. Dicapai pada 17 November 2021.
  2. ^ Cleere, N. (2006). "A new subspecies of Band-winged Nightjar Caprimulgus longirostris from Central Chile". Bulletin of the British Ornithologists' Club. 126 (1): 12–19.
  3. ^ Grantsau, R. (2008). "Uma nova subespécie de Caprimulgus longirostris (Aves, Caprimulgidae)". Atualidadedes Ornitológieas. 145: 4–5.
  4. ^ a b c d e f g Cleere, Nigel (2010). Nightjars, potoos, frogmouths, oilbird and owlet-nightjars of the world. Princeton, New Jersey, USA: Princeton University Press. ISBN 978-1-903657-07-2.
  5. ^ a b Schaaf, A. A.; Peralta, G.; Luczywo, A.; Díaz, A.; Peluc, S. I. (2015). "Biologica reproductiva y comportamientos de cuidado parental de dos especies de atajacaminos de Cordoba, Argentina". Ornitología Neotropical. 26: 25–37.
  6. ^ Ingels, J.; Oniki, Y.; Willis, E. O. (1999). "Opportunistic adaptations to man-induced habitat changes by some South American caprimulgidae". Revista Brasileira de Biologia. 59 (4): 563–6. doi:10.1590/S0034-71081999000400005. PMID 23505644.