Pergi ke kandungan

Trogonoptera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Trogonoptera
Trogonoptera brookiana jantan (atas) dan betina (bawah)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
Keluarga: Papilionidae
Tribus: Troidini
Genus: Trogonoptera
Rippon, 1890

Trogonoptera ialah genus kupu-kupu sayap burung dari hutan hujan di Semenanjung Thai-Melayu, Borneo, Natuna, Sumatera, Palawan dan beberapa pulau kecil di barat Sumatera. Ukuran yang besar dan warna yang menyilau membuatkannya sangat dihargai oleh para penghimpun.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat sekurang-kurangnya tiga teori kenapa kupu-kupu ini mempunyai tanda berlainan pada sayapnya: (1) bentuk tombak hitam atau hijau melintangnya memimik duri tajam; (2) bentuk tombak hijaunya memimik corak penyamaran daun pakis apabila kupu-kupu ini berehat; (3) ketika terbang, tanda hitam dan hijaunya memimik bulu pelepah takau hijau yang terbang. Tiga spesies takau hijau di Borneo dijumpai di habitat yang sama dengan sayap burung Rajah Brooke, yang ditemukan dari tanah pamah berhutan lebih 2,000 m di Gunung Kinabalu. Sebilangan pemerhati mendapati semua kupu-kupu sayap burung Borneo sangat besar hinggakan mudah disalahkan dengan burung yang terbang.

Seekor burung yang sedang memburu serangga sepertinya tidak akan menyerang burung untuk makan. Sekiranya corak sayap kekupu ini memimik bulu pelepah takau, maka ia mungkin menjadi suatu kes bagi lingkungan kemimikan Muller kerana kededua spesies mempunyai sayap yang dilitupi corak bak duri. Tambahan lagi, takau terlindung kerana paruhnya besar dan kupu-kupunya pula kerana ia beracun.[1] Warna biru yang berevolusi pada Trogonoptera brookiana rupa hecata dan Trogonoptera trojana boleh dijelaskan dengan keberadaan murai gajah di habitatnya.

Dua spesies diakui dalam genus ini:

  1. ^ "Rajah Brooke's Birdwing at Ulu Ulu". ULU ULU WILDLIFE. Dicapai pada 3 Jun 2021.