Trident Microsystems
Trident Microsystems ialah syarikat pembekal set pemproses paparan, yang lebih dikenali dengan set cip DCRE, untuk paparan skrin leper seperti TV Plasma, LCD, dan sebagainya. Syarikat ini kini beroperasi di China, Hong Kong, Santa Clara dan Jepun. Pada suatu masa dahulu, Trident adalah pembekal kepada set cip paparan grafik dan juga pengawal suara.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Syarikat Trident Microsystems ditubuhkan pada tahun 1987 di Jalan Yangguang, Neihu Chiu, Taipei, Taiwan. Trident, bersama dengan Oak Technologies, meningkatkan satu reputasi untuk menjual (pada masa itu) set cip SVGA yang murah tetapi memproses dengan perlahan. Kebanyakan pengeluar perkakasan komputer menggunakan set cip Trident VGA yang dibina diatas barangan mereka. Apabila pasaran grafik perkakasan komputer beralih daripada paparan 'Single Framebuffer', iaitu paparan warna VGA terus ke monitor yang biasa, kepada pemacu dalaman yang lebih berkuasa, iaitu saiz paparan atau resolusi yang pelbagai dengan warna SVGA (tidak mempunyai pemacu dalaman 3D), Trident meneruskan percaturan untuk menjual set chip yang berkuasa dengan harga yang rendah. Pada pertengahan 1990-an, syarikat ini menerima saingan yang utama: TGUI-9680 keluaran Trident Microsystems yang didakwa berkuasa dapat dibandingkan dengan Trio64V+ keluaran syarikat S3 Graphics yang juga berpusat di Taiwan, walaupun keluaran Trio64V+ tidak mempunyai mod warna sebenar atau "true-color" yang ada pada TGUI-9680.
Pengenalan set paparan pemacu dalaman grafik 3D yang begitu pesat seperti syarikat ATI Technologies, S3 Graphics dan Silicon Integrated System (SiS), membuatkan kebanyakan pengeluar kad paparan grafik, termasuk Trident, jauh ketinggalan. Pada masa kegawatan Trident, syarikat tersebut berusaha untuk mengeluarkan satu kad grafik berupaya memacu grafik 3D, dalam masa yang sama, berharga ekonomi, seperti mengeluarkan kad grafik Trident 3DImage 9750 yang masih belum mampu bersaing. Bagaimanapun, pada penghujung 1990-an, Trident akhirnya berjaya mengeluarkan set cip yang mendapat tempat dipasaran pembekal iaitu Trident Blade3D atau TGUI-9880.
Selain itu, dipasaran komputer riba, Trident adalah pelopor Ingatan Capaian Rawak Berdinamik atau EDRAM terbina didalam yang terawal, iaitu satu teknik binaan semikonduktor yang bergabung diantara pengawal grafik dengan 'framebuffer-RAM' dalam satu cip. Teknik ini boleh mengurangkan ruangan papan yang berharga dengan menghapuskan beberapa cip Ingatan Capaian Rawak yang biasanya digunakan untuk menyimpan ingatan framebuffer
Apabila Trident sedang meraih beberapa kejayaan dengan produk 3DImage dan Blade3D mereka, kemasukan set cip kad grafik Intel Express i750 keluaran Intel yang amat berkuasa pada harga yang amat kompetitif ke pasaran menandakan pasaran untuk kad grafik terendah akan berakhir. Pada masa yang terdesak, Trident menjadi salah satu syarikat kongsi dengan syarikat pengeluar set cip papan induk beberapa kali untuk mengabungkan teknologi grafik mereka menerusi satu set cip papan induk seperti ALi CyberALADDiN dengan CyberBlade, dan VIA Apollo MVP4 VT8351 dengan ProMedia VT8601, tetapi hanya mendapat sambutan yang sedikit. Berdepan pula dengan tawaran pasaran yang sedikit dan juga peningkatan kos penyelidikan dan pembangunan (akibat daripada peningkatan proses grafik 3D yang begitu maju), Trident Microsystems akhirnya mengumumkan penstrukturan semula syarikat yang menyeluruh pada Jun 2003.
Pada akhir tahun 2003, syarikat XGI telah berjaya mendapat bahagian grafik (seperti teknologi, pembangunan, dan sebagainya) yang dimiliki oleh Trident.
Set cip keluaran
[sunting | sunting sumber]Senarai di bawah tidak lengkap.
Untuk komputer meja
- TVGA 8200LX (1987)
- TVGA 8800 (1988) - set cip SVGA yang pertama first untuk bas ISA, Ingatan Capaian Rawak 512KB
- 8800BR (512KB, setiap satu cip hanya memuatkan 128KB)
- 8800CS (512KB, satu cip menyimpan 64KB bergabung dengan sokongan mod baru/lama)
- TVGA 8900 - sokongan pelbagai warna yang tinggi atau high color (65,536), Ingatan Capaian Rawak 1MB
- 8900B (1MB)
- 8900C (1MB, SVGA, ISA)
- 8900CL (2MB, SVGA, ISA/VLB)
- 8900D (2MB, 8900CL dengan pepijat yang telah dibaiki)
- 8900DR (SVGA, ISA, 1MB)
- TVGA 9000 - Kad grafik VGA gabungan VGA+RAMDAC yang pertama.
- 9000 (versi komponen rendah)
- 9000B (1992)
- 9000C (1992) - RAMDAC luaran
- 9000i - (kajian a/b/c, 512KB, 9000 dengan cip dalaman DAC 15/16bit DAC termasuk penjana jam atau clock gen)
- 9000i-1 (1994) - yang dikeluarkan pada kad grafik Trident's VC512TM ISA
- 9100B - Lebih laju daripada 9000
- TVGA 92xx, TVGA 938x, TVGA 94xx - pemacu Windows pertama
- 9200CXr
- 9380
- 9385
- 9388
- 9400CXi (2MB, kepelbagaian warna sebenar, cip dalaman DAC 24bit + penjana jam)
- 9420DGi (PCI, 9400 dengan pemacu 3D [BitBLT, ...])
- 9430DGi (PCI, 9420 dengan pemacu cursor)
- TGUI 9440 (1994) - pemacu 2D Windows kompetitif yang pertama (2MB PCI/VLB)
- 9440AGi (PCI, 9430 dengan antaramuka DAC 16bit DAC + jam yang boleh diprogramkan atau programmable clock)
- 9440-1
- 9440-3 - Perubahan yang tidak diketahui, Logo Trident yang lain, jarang dipasarkan
- 9460
- TVGA9470
- TGUI 966x - menyerupai 9440, laluan data 64-bit
- 9660
- 9660XGi
- 968x - pemacu pergerakan video (pembesaran + YUV->RGB, lembaran Directdraw)
- 9680 - (64bit, 1-4MB, 9660 dengan pemacu video)
- 9680XGi
- 9682 (9680 dengan plug video in)
- 9683
- ProVidia 9685 (dengan plug TV video out, UMA)
- 3DImage9750, 3DImage9850 - pemacu 3D Windows yang pertama (4-8MB PCI/AGP)
- 3DImage 9750 (64bit, PCI/AGP, TV out)
- 3DImage 9753
- 9753WAVE (9753 + 32 suara wavetable, 0.35ym, 208PQFP)
- 3DImage 9754
- 3DImage 9750DVD (9750 dengan dekoder DVD)
- 9783
- 9785
- 3DImage 9850 (9750 core yang lebih laju, AGP2X, hanya terdapat pada slot AGP)
- 3DImage 985DVD (Pemacu DVD)
- 3DImage 9850+ (Lebih Laju)
- Blade3D 9880 (1999) - pemacu 3D Window berprestasi yang pertama (8MB PCI/AGP)
- Blade3D Turbo 9880T - jam kelajuan 135Mhz, sehingga 110Mhz pada Blade 3D vanilla.
- Blade T16 9950 - jarang diketahui
- Blade T64 9970 - enjin dual-pixel quad-texture, AGP4X, Ingatan Capaian Rawak 32MB, laluan data 64-bit
- Blade XP 9980 Sama seperti T64 tetapi laluan data 128-bit, 200Mhz vs. 166Mhz
- XP4 - Cip menyokong DirectX 8.
- XP4E - menyokong AGP8x.
- XP8 (dibatalkan) - cip DirectX 9, perancangan untuk jual dibawah paras RM360.
- XP10 (dibatalkan) - perancangan untuk jual dalam bentuk PCI Express.
Untuk komputer riba
- Cyber9320
- Cyber9382
- Cyber9385
- Cyber9397 dan Cyber9397DVD
- 9525DVD
- CyberBlade
- CyberBlade Ai1
- CyberBlade e4-128
- CyberBlade i1
- CyberBlade i7
- Blade XP
- XP4
- XP4m16/XP4m32 - ingatan capaian rawak yang terbina.
- XP8 (dibatalkan) - cip DirectX 9.
Bergabung dengan papan induk
- ALi CyberALADDiN-T ()
- ALi CyberALADDiN-P4 (CyberBLADE XP2)
- VIA Apollo MVP4 (VIA VT8351)
- VIA Apollo ProMedia (VIA VT8601)
- ? (nama kod Napa2T)
- ? (nama kod Napa2-P4)
- ? (nama kod Napa2-Banias)
Set cip kawalan suara
[sunting | sunting sumber]- Trident 4DWAVE-DX/NX, berpandukan platform T² di mana turut digunakan oleh SIS dan ALi untuk audio antara muka mereka. Menyokong Q3D 2.0.