Pergi ke kandungan

Transit Aliran Ringan Edmonton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Transit Aliran Ringan Edmonton
Umum
Nama asalEdmonton Light Rail Transit
LokasiEdmonton, Alberta, Canada
Jenis transit
Rel ringan
Jumlah laluan/aliran
2 (& 1 under construction)
Jumlah stesen
18 (& 12 dalam pembinaan)
Bil. penumpang harian
110,786 (2018)[1]
Bil. penumpang tahunan
87,121,534 (2018)[2]
Laman sesawang
Edmonton Transit Service
Operasi
Mula beroperasi
22 April 1978
PengendaliPerkhidmatan Transit Edmonton
Teknikal
Panjang sistem
24.3 km (15.1 bt)[3][4]
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in) (tolok piawai)
PengelektrikanTalian atas, 600 V AT[5]
Peta sistem

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Transit Aliran Ringan Edmonton (bahasa Inggeris: Edmonton Light Rail Transit), juga dikenali sebagai LRT, adalah sistem rel ringan di Edmonton, Alberta . Sebahagian daripada Perkhidmatan Transit Edmonton (ETS), sistem ini mempunyai 18 stesen di dua laluan dan landasan sepanjang 24.3 km. Sehingga tahun 2018, LRT Edmonton adalah salah satu sistem transit aliran ringan yang paling sibuk di Amerika Utara, dengan lebih 110,000 penumpang pada hari Isnin-Jumaat, dan telah berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini.

ETS mula mengoperasikan laluan asal LRT ini pada tahun 1978, dikembangkan pada tahun 2010 menjadi Laluan Capital, dari Clareview di timur laut Edmonton dan Century Park di selatan Edmonton.[3] Fasa pertama Laluan Metro yang baharu mulakan perkhidmatannya antara kampus Universiti Alberta dan hospital di selatan-tengah Edmonton dan Institut Teknologi Alberta Utara barat laut pusat bandar Edmonton pada tahun 2015, dengan penyambungan jajaran ke utara Edmonton dan bandar sebelah St. Albert dicadangkan untuk masa hadapan.[4] Pembinaan fasa pertama Laluan Valley sepanjang 27km, dari pusat bandar Edmonton ke Mill Woods di tenggara Edmonton, bermula pada musim bunga 2016, dan terdapat pelan jangka panjang untuk kembangkan laluan ini sehingga barat Edmonton.[6][7]

Rangkaian

[sunting | sunting sumber]

Sistem ini mempunyai dua laluan. Laluan Capital, menghubungkan timur laut Edmonton dengan selatan Edmonton melalui Pusat Bandar. Laluan kedua, Laluan Metro, menghubungkan Pusat Bandar dengan barat laut Edmonton, mula beroperasi secara terhad pada September 2015. Terdapat lebih banyak lagi projek untuk mewujudkan laluan baru sepanjang 27 kilometer yang akan menghubungkan Pusat Bandar Mill Woods di bahagian tenggara bandar dan Lewis Farms di barat bandar.

Semasa pembinaan, kawasan permukaan dipelihara (walaupun kos meningkat) dengan menggali terowong di bawah pusat bandar dan kampus utama Universiti Alberta . Bahagian bawah tanah LRT ini bersambung dengan sistem laluan pejalan kaki Edmonton yang menghubungkan banyak bangunan. LRT ini melintasi Sungai Saskatchewan Utara di antara stesen Grandin dan stesen University di menggunakan Jambatan Dudley B. Menzies,[8] sebuah jambatan LRT dan pejalan kaki khas.

Penyimpanan, penyelenggaraan dan operasi LRT dikawal dari Depoh DL MacDonald.

LRT beroperasi di antara 5:00 pagi dan 1:00 tengah malam setiap hari. Semasa waktu puncak, kereta api yang berlepas dari Clareview ke Pusat Bandar beroperasi dengan kekerapan setiap lima hingga sepuluh minit, dan kekerapan setiap 15 minit semasa waktu puncak. Kereta api dari Century Park ke Pusat Bandar beroperasi dengan kekerapan setiap lima minit semasa waktu puncak dan setiap lima hingga sepuluh minit semasa waktu bukan puncak. Selepas 10:00 malam tren berjalan setiap 15 minit. Sebelum pembukaan Laluan Metro, bandar Calgary mengadakan pertandingan penamaan, untuk menentukan nama kelima-lima laluan LRT kini dan masa depan.[9] Pada 31 Januari 2013, bandar itu mengumumkan nama-nama tersebut: Laluan Capital, Laluan Metro, Laluan Valley, Laluan Energy, dan Laluan Festival.[10][11]

Garisan LRT Edmonton
Talian Terminus Jumlah stesen Panjang
501 Laluan Capital Clearview Century Park 15 21 km (13 bt)
502 Laluan Metro (waktu malam dan Ahad) NAIT Health Sciences/Jubilee 10 8 km (5 bt)
Laluan Metro (Isnin hingga Sabtu) NAIT Century Park 14 16 km (10 bt)

Laluan Capital mempunyai 15 stesen: Clareview, Belvedere, Coliseum, Stadium, Churchill, Central, Bay/ Enterprise Square, Corona, Grandin/ Government Center, University, Health Sciences/ Jubilee, McKernan/ Belgravia, South Campus/ Edmonton Park Fort, Southgate, dan stesen Century Park. Daripada jumlah ini, Churchill, Central, Bay/ Enterprise Square, Corona, Grandin/ Government Centre, dan University berada di bawah tanah. Tiga stesen terbaru dibuka pada bulan September 2015 untuk Laluan Metro: MacEwan, Kingsway/ Royal Alex, dan NAIT.

Lagi 12 stesen akan dibina untuk fasa pertama Laluan Valley, yang dirancang untuk dibuka pada tahun 2020.[12]

Semua stesen sedia ada mempunyai platform tengah.

  1. ^ "2018 LRT Passenger Count Report" (pdf). City of Edmonton. Edmonton Transit Service. March 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada May 31, 2019. Dicapai pada May 31, 2019.
  2. ^ "ETS Statistics for 2017-2019" [Statistik ETS untuk 2017-2019]. www.edmonton.ca (dalam bahasa Inggeris). City of Edmonton. 25 Okt 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Okt 2019. Dicapai pada 25 Okt 2019.
  3. ^ a b "The Way We Move LRT for Everyone" [Cara Kami Jalankan LRT untuk Semua] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Edmonton Transit Service and City of Edmonton. m/s. 4–5. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 10 Sep 2015. Dicapai pada 8 Ogo 2015.
  4. ^ a b "Metro Line (North LRT to NAIT)". City of Edmonton. 7 Sep 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Sep 2015. Dicapai pada 8 Sep 2015.
  5. ^ "Edmonton Datasheet - SD160 Light Rail Vehicle" (PDF). Siemens. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Okt 2010. Dicapai pada 9 Mac 2011.
  6. ^ Kent, Gordon (11 Feb 2016). "'There's no hidden surprises,' city says, as it signs contract for Edmonton Valley Line LRT" ['Tiada kejutan tersembunyi,' kata majlis bandar, ketika ia menandatangani kontrak untuk Laluan Valley LRT Edmonton]. Edmonton Journal (dalam bahasa Inggeris). Postmedia Network. Dicapai pada 13 Feb 2016.
  7. ^ "Bechtel Team Awarded Edmonton Valley Line Light Rail Project in Canada" [Pasukan Bechtel Dianugerahkan Projek Rel Ringan Laluan Valley Edmonton di Kanada] (dalam bahasa Inggeris). Bechtel. 11 Feb 2016. Dicapai pada 13 Feb 2016.
  8. ^ "Dudley Menzies Bridge - Light Rail Transit Bridge Over The North Saskatchewan River". PCL. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2011. Dicapai pada April 24, 2010.
  9. ^ City of Edmonton. "Help Name Edmonton's LRT Lines". Diarkibkan daripada yang asal pada October 7, 2012. Dicapai pada June 25, 2012.
  10. ^ "City names LRT lines, grumbling follows". Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2013.
  11. ^ "Approved LRT Line Names" (PDF). City of Edmonton. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada September 4, 2013. Dicapai pada January 31, 2013.
  12. ^ "Valley Line (SE to West LRT)" (PDF). City of Edmonton. September 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada September 25, 2013. Dicapai pada August 28, 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]