Pergi ke kandungan

Toyota Innova

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Toyota Kijang Innova)
Toyota Kijang Innova
Maklumat
PengilangToyota Astra Motor
Toyota Motor Vietnam
Toyota Kirslokar Motor
Kuozui Motors
Toyota Motor Philippines
Juga dikenaliToyota Innova
Pengeluaran2004—sekarang
PemasanganBangalore, India
Karawang, Indonesia
Santa Rosa City, Laguna, Filipina
Jhongli, Taiwan
Vĩnh Phúc, Vietnam
Subang, Shah Alam, Malaysia
Karnataka, Bangalore
Samut Prakan, Thailand
PendahuluToyota Kijang (Indonesia)
Toyota Zace (Taiwan)
Toyota Venture/Stallion/Condor (Afrika)
Toyota Qualis (India)
Toyota Unser (Malaysia)
KelasMPV
Gaya badanMPV 5 pintu
PelantarN-series
Enjin1TR-FE 2.0L & 2TR-FE 2.7L bensin (VVT-i),
2KD-FTV 2.5L Turbo Diesel (D4-D).
PenghantaranManual 5 percepatan dan Otomatis 4 percepatan
Jarak roda2,750 mm (108.3 in)
Panjang4,555 mm (179.3 in)
Lebar1,770 mm (69.7 in)
Tinggi1,750 mm (68.9 in)
Berat Curb1,665 kg (3,671 lb)
BerkaitToyota Fortuner
Toyota Hilux
Toyota Kijang

Toyota Kijang Innova adalah sebuah MPV buatan Toyota Motor Corporation yang dihasilkan di Indonesia oleh Toyota Astra Motor sejak tahun 2004. Merupakan kesinambungan daripada Toyota Kijang dan dipasarkan tahun 2004. Kijang Innova adalah salah satu daripada tiga produk IMV (lain adalah Toyota Hilux dan Toyota Fortuner) yang digagas Toyota sebagai asas produk kenderaan global yang berasal dari satu platform. Di negara lain, kereta ini hanya disebut Toyota Innova.

Kijang Innova juga dijual di India (menggantikan Toyota Qualis), Malaysia dan Singapura (menggantikan Unser), Filipina (menggantikan Toyota Revo), Taiwan (menggantikan Toyota zace Surf), Vietnam (menggantikan Toyota zace) dan Thailand. Kereta ini juga boleh didapati di pasaran Brunei Darussalam, Arab Saudi, dan Uni Emirat Arab.

Toyota Kijang Innova generasi kedua dilancarkan pada tarikh 23 November 2015.


Generasi Pertama (2004-2015)

[sunting | sunting sumber]
Generasi Pertama (AN40)

Maklumat
Pengeluaran2004-2015
PemasanganKarawang, Indonesia
Santa Rosa City, Laguna, Filipina
Zhongli, Taiwan
Subang, Shah Alam, Malaysia
Karnataka, Bangalore, India
Samut Prakan, Thailand
Reka letakFront-engine, rear-wheel-drive
Enjin
Penghantaran
Jarak roda2,750 mm (108.3 in)
Panjang4,555 mm (179.3 in)
Lebar1,770 mm (69.7 in)
Tinggi1,750 mm (68.9 in)
Berat Curb1,665 kg (3,671 lb)
Toyota Innova Facelift 2008-2011 (September 2008-Julai 2011)
Toyota Grand New Innova 2011-2013 (Julai 2011-Ogos 2013)
Toyota New Innova 2013-2015 (Ogos 2013-November 2015)

Tipe Bisnis

[sunting | sunting sumber]

Hanya dijual di Indonesia, Merupakan versi paling standard daripada Jenis J. Dilengkapi penyaman udara depan, Power steering, Power window, dan Kerusi berkapsitas 5 orang.

Hanya dijual di Filipina dan Indonesia, merupakan varian Innova paling standard. Dilengkapi penyaman udara depan, power steering, power window, dalaman standard 2-tone, dan velg besi 14 inci. Tidak dilengkapi peralatan audio. Di generasi ketiga Kijang Innova, Jenis J telah dilengkapi Head Unit 2Din CD dengan 4 Speaker, AC Double Blower, velg besi 14 inchi Ditutupi Wheel Cap, Wiper Belakang & Intermittent pengelap. Di generasi Kijang Innova keempat Telah Dilengkapi SRS Airbag dan Lingkaran Pretensioner dan Force Limiter (PT / FL), tetapi di sisi luaran Jenis J Tidak mengalami perubahan luaran. Diperkenalkan tahun 2009 dengan harga Rp.179 juta. Hanya terdapat dalam versi manual sahaja dengan enjin 2.0L petrol. Kini jenis J dijual dengan harga 200 juta-an.

Varian dari Jenis G ditambah head unit 2-DIN, sensor parkir, lampu kabut, kipas belakang. Mula disediakan model captain seat, iaitu kerusi penumpang bahagian tengah berasingan menjadi 2 kerusi sendiri.

Di banyak negara, jenis E merupakan varian paling standard. Dilengkapi kunci manual (tanpa remote control), tidak ada kipas belakang (single blower) (Pada Pergantian mesin Euro2, Innova E telah dilengkapi penyaman udara Double blower dan Toyota Auto Alarm), dan tidak ada lampu kabut, tapi sudah memakai velg aluminium (Di jenis E Automatic). Sudah ditambah head unit kaset dan 4 speaker. Di Generasi Ketiga, Jenis E kini menggunakan velg terbaru, Head Unit 2Din CD dengan 4 Speaker, Dan Rear Wiper. Pada Generasi Keempat, Jenis E Telah Dilengkapi SRS Airbag dan Lingkaran Pretensioner dan Force Limiter (PT / FL), Serta Mengalami Perubahan luaran. Dijual dengan harga mulai Rp. 220-250 juta.

Jenis V merupakan jenis teratas dari Kijang Innova. Dilengkapi dengan beg udara (airbag), ABS (Anti-lock Braking System), panel maklumat (MID / Multi Information Display), pengatur AC digital, kerusi kulit, head unit dengan DVD dan captain seats optional. Panel bahagian dalamnya sebahagian menggunakan wood panel. Di Kijang Innova Generasi Ketiga, Jenis ini Disediakan Rear Seat Entertainment yang sebelum ini hanya hadir di Jenis Luxury.

Luxury Series

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, Dilancarkan jenis Luxury Series pada jenis G dan V. Dilengkapi dengan, Spion dengan Lampu Sein, Kerusi captain seat, dan Rear Seat Entertainment yang dilengkapi Wireless Headphone dan Remote Control. Di Genrasi Ketiga ini, Jenis Luxury Series telah dilengkapi Front & Rear Bumper Spoiler, Side Spoiler.


Generasi Kedua (2015-kini)

[sunting | sunting sumber]
Generasi Kedua (AN140)

Maklumat
Pengeluaran2015-present
PemasanganKarawang, Indonesia
Santa Rosa, Laguna, Filipina
Samut Prakan, Thailand
Karnataka, Bangalore, India (Toyota Innova Crysta)
Reka letakFront-engine, rear-wheel-drive
Enjin
Penghantaran
  • 5-speed manual
  • 6-speed automatic
Jarak roda2,750 mm (108.3 in)
Panjang4,735 mm (186.4 in)
Lebar1,830 mm (72.0 in)
Tinggi1,795 mm (70.7 in)

Toyota Kijang Innova generasi terbaru dilancarkan pada tarikh 23 November 2015, dengan tajuk "The Legend Reborn"

Mesin dengan VVTi

[sunting | sunting sumber]

VVT-i atau Variable Timing Intelligent berupa controller yang dipasang dibahagian chamshaft intake yang bertugas untuk mengatur Timing Chamshaft Intake dan menyesuaikan terhadap perubahan keadaan enjin. Pelbagai sensor mesin lain (suhu, rem, gas, dan lain-lain) bertugas memberikan maklumat kepada ECU (Engine Control unit) agar dapat melakukan pengukuran penggunaan jumlah bahan bakar dengan udara yang diperlukan penyuntik dan sesuai dengan tahap keperluan dari proses tersebut. Dengan penerapan kaedah ini, boleh menghasilkan proses pembakaran yang relatif lebih berkesan. Keadaan tersebut dimungkinkan kerana proses pengambilan bahan bakar dikerjakan dengan lebih sempurna, sesuai dengan keperluan mesin, dan pada akhirnya menghasilkan sisa pelepasan gas buang yang lebih rendah.

Mesin Diesel D4D

[sunting | sunting sumber]

D4D atau juga disebut Direct Four Stroke Turbo Commonrail Injection. Mesin ini menggunakan sistem suntikan Commonrail dimana bahan bakar solar akan dihisap oleh pam bahan bakar melalui saringan bahan bakar (fuel filter) agar dapat menghasilkan kualiti bahan bakar solar dengan tahap pelepasan gas buang yang sangat rendah. Bahan bakar ditekan pada jalur sebelum penyuntik Piezo dengan tekanan tinggi sebelum ECU memerintahkan untuk disuntik ke dalam ruang bakar. Sistem commonrail akan menetapkan kadar tekanan bakan bakar secara elektronik, baik dari sisi banyaknya maupun waktu semburan bahan bakar. Bahan bakar disembur melalui penyuntik berlubang 6 dengan diameter 0.14 mm. Pada mesin ini terdapat ECU 32 bit yang berfungsi sebagai sensor utama mesin. Keunggulan mesin ini adalah pecutan & prestasi yang optimum, beserta tahap getaran & suara mesin yang lebih halus yang boleh dihasilkan beserta dengan tingkatan jumlah pelepasan gas buang yang lebih rendah.

Sistem Alarm

[sunting | sunting sumber]

Kereta ini dilengkapi dengan Theft Different System yang biasa disebut Engine Immobilizer System. Ciri ini menghalang enjin hidup apabila kod ID kunci tidak sesuai dengan yang terdapat di ECU. Sistem ini menggunakan Chip Transponder pada setiap anak kuncinya. Dimana coil yang dipasang pada setiap rumah kunci, penguat dan Transfonder Key ECU, akan menolak menghidupkan enjin apabila kod ID yang didapatkan tidak sesuai dengan kod ID yang terdapat pada kuncinya. Sebagai contoh apabila kereta dipaksa untuk dibuka dengan kunci palsu atau kunci T.

Single Belt

[sunting | sunting sumber]

Penggunaan Single Belt mengurangkan panjang dimensi mesin, bubut mesin, jumlah komponen dan beban kerja mesin berbanding dengan 3 belt (AC, power steering dan altenator) pada generasi sebelumnya.

Pedal Gas Elektronik

[sunting | sunting sumber]

Sistem pedal gas (Electronics Throtle Control System etcs-i) membuat generasi ini dilengkapi sensor pedal gas yang boleh mengubah setiap gerak mekanik menjadi isyarat elektrik untuk dihantar ke ECU, dimana ECU akan mengira setiap pembukaan throttle valve melalui motor penggeraknya yang terletak di throttle body agar lebih optimum untuk setiap keadaan jalan.

Bila terjadi malafungsi pada salah satu sensor, ECU akan memerintahkan throttle body bekerja pada mode limp (minimum) agar kereta tetap boleh dijalankan.

Sensor Ultrasonic

[sunting | sunting sumber]

Sensor ini digunakan untuk memudahkan penunggang saat parkir, sensor ini terletakkan pada bumper belakang yang akan memberikan peringatan kepada penunggang apabila mendekati benda atau halangan dengan radius pengesanan berjarak 150 cm dan tinggi antara 22-82 cm.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]