Pergi ke kandungan

Tongkang ke Sumatera karam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tongkang membawa 150 penumpang pendatang tanpa izin ke Tanjung Balai,Asahan utara Sumatera, Indonesia karam berhampiran Pelabuhan Klang pada hari Selasa, 30 September 2008. 14 orang mati lemas . Pegawai polis marin, Marzuki Ismail menyatakan 12 mayat yang ditemui dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang.

Ketua Pengarah Jabatan Laut, Semenanjung Malaysia, Datuk Kapten Ahmad Othman menyatakan tongkang kayu itu karam jam 7.30 pagi di perairan Tanjung Buas Buas. Lokasinya di perairan Pintu Gedung, 15 km dari Pelabuhan Barat. Tongkang itu dipercayai berlepas dari kawasan hutan di Pulau Che Mat Zin , berhampiran Pelabuhan Barat menghala ke Tanjong Balai karam selepas 10 minit berlayar.

Tongkang membawa rakyat Indonesia dalam perjalanan pulang untuk menyambut hari raya Aidilfitri terpaksa merentasi Selat Melaka. Tongkang itu sepatutnya membawa barangan sahaja tetapi disalahguna membawa penumpang. Destinasi tongkang itu ialah Tanjung Balai, utara Sumatera . Cuaca baik, tidak ada hujan mahupun laut bergelora.[1]

Punca memilih tongkang

[sunting | sunting sumber]

Mangsa memilih menaiki tongkang itu kerana telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh sah dan tidak memiliki dokumen perjalanann yang sah. RM800 dibayar kepada tekong terbabit dan ditempatkan di sebuah hotel murah di Pelabuhan Klang dan dibawa menaiki bot untuk pulang ke Indonesia. Malangnya bot tidak muncul dan akhirnya memilih menaiki tongkang melalui sebuah hutan.

Pihak imigresen sedia membantu memperbaharui visa mereka yang tamat tempoh supaya boleh balik ke negara asal secara teratur.Mereka kena bayar kompaun antara RM1,000 hingga RM3,000 jika kesalahan tinggal lebih tempoh dibenarkan dan tiada dokumen sah . Kesalahan keluar melalui pintu yang tidak digazetkan pula, mereka boleh didenda sehingga RM10,000.

Seramai 500 ke 800 pegawai imigresen Malaysia ditempatkan di semua 125 pintu keluar masuk di negara ini sempena hari raya Aindilfitri ini. Risikan Jabatan Imisgresen menunjukkan lebih 300 masih menunggu tongkang tersebut untuk menyeberang ke Sumatera. [2]

Dihantar pulang

[sunting | sunting sumber]

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen Datuk Ishak Mohamed menyatakan 103 dari 125 yang terselamat telah dihantar pulang dengan menaiki kapal Sea & Coast Guard KN.Sarotama melalui dermaga Westport Malaysia. Lain-lain masih berada di hospital dalam keadaan trauma.

Sepatutnya mereka boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak memiliki pas pekerja asing. Selain itu mereka sudah melebihi tempoh yang dibenarkan untuk berada di Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar menasihati supaya mereka segera dihantar pulang. Mangsa tersebut diberi pasport gantian iaitu Sijil Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) oleh pihak Kedutaan Indonesia dan kalau di Malaysia kita panggil emergency pasport yang hanya sah untuk satu perjalanan sahaja.