Tok Dalang
Tok Dalang | |
---|---|
Watak Upin & Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | |
Disuarakan oleh |
Malaysia: Abu Shafian Abdul Hamid (musim 1–4, Geng: Pengembaraan Bermula) Burhanuddin Md Radzi (musim 5–kini) Indonesia: Arya Samaji |
Informasi | |
Spesies | Manusia |
Jantina | Lelaki |
Tok Dalang ialah sebuah watak dalam cereka animasi Upin & Ipin, Ia berperanan sebagai penghuni di Kampung Durian Runtuh, latar tempat bagi animasi tersebut. Watak Tok Dalang turut muncul dalam filem animasi, Geng: Pengembaraan Bermula dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Tok Dalang beragama Islam dan tinggal di dekat rumah Upin Ipin.
Ciri-ciri watak
[sunting | sunting sumber]Rupa
[sunting | sunting sumber]Tok Dalang sering tampil dengan kopiah dan pakaian serba kelabu. Dia selalu membiarkan bajunya tidak dipasang butang. Namun , semenjak musim 9 , dia mula memaikai baju putih untuk menutupi badannya.
Perwatakan
[sunting | sunting sumber]Dalam musim pertama, perwatakan Tok Dalang kelihatan kurang mesra dengan kanak-kanak yang selalu mengusiknya, terutamanya apabila mereka mengejar Rembo, ayam belaannya di serata kampung.
Akhir-akhir ini, Tok Dalang lebih mesra dengan kanak-kanak, termasuklah yang nakal. Dia mengalu-alukan bantuan Upin, Ipin dan kawan-kawan dalam bermacam-macam perkara, mungkin disebabkan usianya yang lanjut.
Pekerjaan
[sunting | sunting sumber]- Ketua Kampung: Selain memimpin kampung, tugasnya ialah mengumpul zakat fitrah daripada penduduk kampung yang beragama Islam sempena Ramadan.
- Pertanian: Di halaman rumahnya ada beberapa pokok rambutan dan reban ayam yang dijadikan punca makanan dan pendapatan. Dia juga mempunyai sebuah dusun durian dan kelapa di pinggiran kampung yang ditujuinya dengan menunggang basikal atau motosikal.
- Pertukangan: Tok Dalang ada sebuah bengkel di bawah rumahnya, di mana dia membuat bermacam-macam benda, apalagi yang diingini oleh Upin dan Ipin. Dia juga membuat barangan daripada hasil tani di dalam mahupun halaman rumah.
- Kesenian: Tok Dalang digelar sedemikian kerana mahir dalam wayang kulit, bahkan pernah banyak memenangi pertandingan wayang kulit. Selain itu dia pandai membuat kraf tangan, mainan dan hasil seni seperti wau dan gasing.
- Pelancongan: Tok Dalang memiliki sebuah inap desa di kawasan dusun.