Tiub sinar katod
Tiub sinar katod (bahasa Inggeris: cathode ray tube , CRT) ialah sejenis selubung kaca bervakum yang mengandungi pistol elektron (sumber elektron) dan skrin pendarfluor, biasanya serta kaedah dalaman atau luaran untuk memecutkan dan memesongkan elektron. Apabila elektron-elektron terkena skrin pendarfluor, maka terhasilnya cahaya.
Pancaran elektron dipesongkan dan dimodulatkan agar memaparkan imej pada skrin. Imej ini boleh berbentuk bentuk gelombang elektrik (osiloskop), gambar (televisyen, monitor komputer), gema pesawat yang dikesan radar, dsb. Satu pancaran elektron boleh diproses agar memaparkan gambar bergerak dalam warna semulajadinya.
Janaan imej pada CRT dengan memesongkan pancaran elektron memerlukan penggunaan selubung kaca bervakum yang besar, dalam, berat, dan agak rapuh (maka diberi jolokan "Fishbowl"). Perkembangan teknologi imejan tanpa kelemahan-kelemahan ini menyebabkan paparan CRT makin hari makin diganti oleh paparan plasma leper, paparan hablur cecair, DLP, paparan OLED, dan teknologi-teknologi lain.
Paparan CRT biasanya berbentuk cembung, tetapi wujudnya CRT leper[1][2] yang digunakan oleh Sony dalam siri Watchman (FD-210 diperkenalkan pada tahun 1982). Salah satu model CRT leper terakhir adalah FD-10A. Sistem CRT dalam unit-unit ini berbentuk leper dengan pistol elektron terletak lebih kurang pada sudut tepat di bawah permukaan paparan, maka memerlukan elektronik canggih untuk menghasilkan gambar tanpa herotan yang bebas daripada kesan-kesan seperti keystoning.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tiub sinar katod |