Pergi ke kandungan

Ting Tara Tilala (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Ting Tara Tilala"

Album Romantik Komedi keluaran EMI 1999 yang turut memuatkan lagu Ting Tara Tilala.
Ditulis oleh P. Ramlee
Muzik oleh P. Ramlee
Lirik oleh Mohd Nor bin Mohd Yusofe
Bahasa Bahasa Melayu
Bentuk keluaran LP

Ting Tara Tilala merupakan salah satu lagu hasil gubahan P. Ramlee yang lirik lagunya pula ditulis oleh Yusnor Ef[1]. Lagu ini membawa rentak ala-ala kugiran pop yeh-yeh yang popular ketika itu. Rakaman ketika era pop yeh yeh tahun 1966 pada ketika itu.

Lagu Ting Tara Tilala ini turut dimuatkan dalam album Siri kenangan abadi Vol. II terbitan EMI (M) Sdn. Bhd., 1991. [2]. Selepas itu lagu Ting Tara Tilala ini turut dimuatkan dalam album Romantik Komedi iaitu satu album kompilasi tahun 1999 keluaran EMI.[3], [4]

Lirik lagu ini berentak komedi. Ia menceritakan kisah seorang pemuda yang berjalan di taman, cuba menegur seorang gadis. Tetapi ternyata gadis tersebut seorang pemalu dan melarikan dirinya. Ini menyebabkan pemuda tersebut sentiasa teringatkan gadis tersebut dan cuba mengekorinya, tetapi kehilangan gadis misteri tersebut. Ini menyebabkan pemuda tersebut berasa begitu kesal dan kerinduan.[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]