Tindak balas lemas kenalurian
Tindak balas lemas kenalurian ialah tindak balas naluri yang berlaku pada manusia, terutamanya orang yang tidak pandai berenang, apabila hampir lemas. Tindak balas ini menyebabkan orang fokus untuk memastikan mulut berada di atas air sehingga mereka tidak cuba menarik perhatian orang lain untuk dibantu atau menyelamatkan diri, yang boleh tidak diperasan oleh orang yang melihatnya. Reaksi tersebut melibatkan mengibas-ngibaskan tangan di tepi badan, badan dalam posisi tegak, kepala terdongak ke belakang, dan tidak dapat memastikan mulut berada di atas paras air atau bercakap. Rasional juga boleh diganggu oleh perasaan panik semasa ia berlaku dan ia boleh membahayakan perenang yang cuba menyelamatkan mangsa.
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Walaupun cemas dan panik kadangkala berlaku sebelumnya, lemas biasanya cepat terjadi dan selalunya senyap.[1][2] Orang yang hampir lemas tidak dapat mengekalkan mulutnya di atas air dengan cukup lama untuk bernafas dengan betul dan tidak dapat menjerit. Tubuh mereka kerana kekurangan udara tidak dapat melakukan apa-apa tindakan sukarela seperti melambai atau menarik perhatian. Tindakan sukarela yang dikawal oleh sistem saraf autonomik termasuk mengepak-ngepakkan lengan dari sisi ke sisi atau ke atas dan ke bawah untuk menolak apa-apa di bawah air untuk dapat mengangkatkan mulut untuk bernafas, dan mencondongkan kepala ke belakang. Ini tindak balas kenalurian, maksudnya ia tidak dilakukan atau boleh dikawal secara sedar langsung.
Kekurangan pergerakan kaki, posisi tegak, ketidakupayaan untuk terus bercakap atau mengekalkan mulut di atas air, dan (apabila cuba mencapai mangsa) mangsa tidak meminta diselamatkan seperti yang dijangka, ialah bukti mereka sedang lemas.
Masa
[sunting | sunting sumber]Naluri ini biasanya berlaku dalam 20–60 saat sebelum mangsa lemas dan tenggelam di bawah air.[3] Sebagai perbandingan, seseorang yang masih boleh menjerit dan memastikan mulutnya sentiasa di atas air mungkin berada dalam kesusahan, tetapi tidak berada semestinya akan lemas berbanding seseorang yang tidak dapat berbuat demikian.[1]
Mengenal pasti lemas
[sunting | sunting sumber]Bagi yang tidak terlatih, orang yang sedang lemas mungkin tidak nampak berada dalam kesusahan. Mangsa mungkin kelihatan seperti dia berenang dengan elok tetapi mangsa sebenarnya mempunyai 20–60 saat sebelum mereka akan tenggelam di bawah permukaan air dan mati.[3] Mereka akan menguakkan tangan ke sisi dan menekankan permukaan air ke bawah untuk mengangkat mulut mereka ke atas paras air.
Apabila mulut mereka berada di atas air, mereka cepat-cepat menghembus dan menarik nafas daripada meminta pertolongan. Kerana pergerakan lengan mereka dan mereka fokus untuk mengangkatkan mulut dari air, mereka tidak boleh melambai, menendang kaki, berenang ke arah penyelamat, atau memegang tali atau alat-alat menyelamat yang lain. Mereka mungkin disalah faham sedang "bermain dalam air" oleh orang yang tidak tahu tentang lemas, dan perenang lain beberapa meter dari mereka mungkin tidak sedar bahawa satu kecemasan sedang berlaku.
Penyelamat dan orang lain yang terlatih belajar untuk mengenali orang yang lemas dengan mencari kehadiran tindakan-tindakan kenalurian ini.[4]
Bahaya kepada penyelamat
[sunting | sunting sumber]Dalam kecemasan apabila penyelamat atau kakitangan terlatih lain tiada, adalah dinasihatkan untuk mencapai mangsa dari darat dengan tangan atau satu batang yang panjang, mendayung ke arah mereka dalam bot atau melemparkan mereka pelampung, tetapi jangan masuk ke dalam air.[5] Semasa lemas, mangsa akan melekap pada mana-mana objek yang berdekatan untuk mendapatkan udara, yang boleh mengakibatkan seorang bakal penyelamat lemas.[6] Kematian mangsa-daripada-penyelamat begini biasa berlaku[7] dan telah meragut 103 nyawa bakal penyelamat di Australia antara tahun 1992 dan 2010, dan 81 orang lagi di New Zealand antara 1980 dan 2012.[8] Kajian kes lemas di Turki mendapati 88 kes yang mana 114 bakal penyelamat lemas semasa mereka cuba menyelamatkan mangsa lemas.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b O'Connell, Claire (2010-08-03). "What stops people shouting and waving when drowning?". Irish Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-22. Dicapai pada 2010-12-29. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "irish times" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Vittone, Mario. "Drowning Doesn't Look Like Drowning". Dicapai pada 2011-01-06.
- ^ a b American Red Cross (1995). "Chapter 5". Lifeguarding today. Mosby Lifeline. m/s. 57. ISBN 9780801675553. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "red cross" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Drowning Doesn't Look Like Drowning — Foster Community Online". Foster.vic.au. 2 Januari 2014. Dicapai pada 2014-05-30.
- ^ "Reach or Throw, Don't Go" (PDF). American Red Cross.
- ^ Rowan, Karen (14 August 2010). "Why do people often drown together?". Live Science. Dicapai pada 12 Disember 2016.
- ^ Franklin, Richard; Pearn, John (26 Oktober 2010). "Drowning for love: the aquatic victim-instead-of-rescuer syndrome: drowning fatalities involving those attempting to rescue a child" (PDF). Journal of Paediatrics and Child Health. 47 (1–2): 44–47. doi:10.1111/j.1440-1754.2010.01889.x. PMID 20973865.
- ^ Starrenburg, Caleb (5 Januari 2014). "Would-be rescuers losing their lives". Stuff.co.nz. Dicapai pada 12 Disember 2016.
- ^ Turgut, Adnan; Turgut, Tevfik (18 Mei 2012). "A study on rescuer drowning and multiple drowning incidents". Journal of Safety Research. 43 (2): 129–132. doi:10.1016/j.jsr.2012.05.001. PMID 22709998.