Thunder Horse PDQ
Thunder Horse rosak teruk selepas Hurikan Dennis pada bulan Julai 2005
| |
Sejarah | |
---|---|
Nama: | Thunder Horse PDQ |
Pemilik: | BP plc |
Pengguna: |
|
Pembina: | |
Kos: | AS$ 5 bilion |
Dilancarkan: | 2004 |
Disiapkan: | 2005 |
Dalam perkhidmatan: | Minyak pertama dikeluarkan pada bulan Jun 2008 |
Pengenalan: | IMO |
Status: | Operasi 28°06′33″N 88°29′40″W / 28.1091°N 88.4944°WKoordinat: 28°06′33″N 88°29′40″W / 28.1091°N 88.4944°W |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | MMS/USCG/ABS |
Berat (tan): | 59,500 tan |
Sesaran: | 130,000 tonne (140,000 ton) |
Panjang: | 136 m (446 ka) |
Lunas: | 112 m (367 ka) |
Draught: | 30 m (98 ka) |
Kelegaan dek: | 17.5 m (57 ka) |
Installed power: | 90 MW |
Krew: | 229 |
Nota: | [1][2] |
Thunder Horse PDQ ialah sebuah pelantar minyak separa tenggelam milik perkongsian bersama antara BP plc dan ExxonMobil di lokasi yang terletak di medan minyak laut dalam Thunder Horse (Blok 778/822) Ngarai Mississippi, Teluk Mexico, 150 batu (240 km) di tenggara New Orleans, dilabuhkan pada kedalaman air di 1,840 meter (6,040 ka).[3] Pengenalan "PDQ" pada pelantar bermaksud ia adalah sebuah pelantar pengeluaran (P untuk Production) dan gerudi (D untuk Drilling) dengan kemudahan kediaman krew (Q untuk Quarter).
Thunder Horse PDQ adalah kemudahan luar pantai terbesar dalam kelasnya di dunia. Badan kapal ini dibina oleh Kejuruteraan Marin dan Pembinaan Kapal Daewoo (DSME) di Okpo, Korea Selatan, sebelum dimuatkan ke atas kapal pengangkut berat, MV Blue Marlin dan dihantar ke Kiewit Offshore Services di Ingleside, Texas di mana ia kemudian dilengkapkan dengan modul-modul bahagian atas yang dibina di Morgan City, Louisiana.[4] Perjalanan sejauh 15,813 batu nautika (29,286 km; 18,197 bt) di sekeliling Tanjung Harapan, Afrika Selatan mngambil masa lapan minggu (63 hari) bermula pada 23 Julai sehingga 23 September 2004.[5] Kos pembinaan adalah sekitar AS$5 bilion, dan pelantar ini dijangka akan digunakan selama 25 tahun.[6]
Thunder Horse PDQ dikosongkan menjelang Hurikan Dennis pada Julai 2005. Taufan tersebut menyebabkan pelantar ini menyenget 20 darjah dan hampir karam.[7]
Pelantar ini direka bagi kejadian 100 tahun, dan pasukan pemeriksaan mendapati tiada kerosakan pada badan pelantar, dan tiada air masuk dari kebocoran pada badannya. Sebaliknya, paip sepanjang 6-inci yang salah pasang membenarkan air bebas mengalir dikalangan beberapa tangki pengimbang yang mencetuskan rantaian kejadian yang hampir menyebabkan pelantar tersebut terbalik.[8][9] Pelantar tersebut dibetulkan semula sepenuhnya seminggu selepas ribut Dennis, melewatkan pengeluaran awal yang dijangka akhir tahun 2005.[10] Semasa pembaikian, ia didapati bahawa beberapa pancarongga ("manifold") hidrolik bawah air retak teruk akibat paip yang tidak dipetri dengan baik. Penasihat kejuruteraan, Gordon Aaker, menyatakan bahawa pancarongga yang retak itu mampu menyebabkan kebocoran minyak yang teruk.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Thunder Horse Field Fact Sheet". BP. 12 August 2009. Dicapai pada 23 May 2010.
- ^ "Thunder Horse Field, Gulf of Mexico, USA". Offshore-Technology. 2010. Dicapai pada 22 May 2010.
- ^ "Thunder Horse Back on Course". Offshore-Technology. 1 Mac 2006. Dicapai pada 22 Mei 2010.
- ^ "Dockwise Delivers Thunder Horse PDQ to Corpus Christi". Rigzone. 24 September 2004. Dicapai pada 22 Mei 2010.
- ^ "Projects: Thunder Horse PDQ". Dockwise Ltd. 2010. Dicapai pada 23 Mei 2010.
- ^ "Thunder Horse in the Gulf". WorldNetDaily. 10 November 2005. Dicapai pada 2009-05-11.
- ^ Malcolm Moore (26 Oktober 2005). "Human error felled Gulf rig, admits BP". The Telegraph. Dicapai pada 27 Oktober 2010.
- ^ "GVA 4000 Thunderhorse". GVA Consultants. 2010. Dicapai pada 22 May 2010.
- ^ David Greising (28 May 2007). "Troubles Run Deep on Gulf Oil Platform". RedOrbit. Dicapai pada 23 May 2010.
- ^ Benoit Faucon (26 July 2005). "BP CEO: Thunder Horse 2005 Start 'Unlikely'". Rigzone. Dicapai pada 23 May 2010.
- ^ Sarah Lyall (12 Kuly 2010). "In BP's Record, a History of Boldness and Costly Blunders". The New York Times. Dicapai pada 1 October 2010. Check date values in:
|date=
(bantuan)