Thomas J. Sargent
Penampilan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/78/Nobel_Prize_2011-Press_Conference_KVA-DSC_7716.jpg/200px-Nobel_Prize_2011-Press_Conference_KVA-DSC_7716.jpg)
Thomas John "Tom" Sargent (lahir 19 Julai 1943) ialah seorang ahli ekonomi Amerika, yang kini Profesor Ekonomi dan Perniagaan WR Berkley di Universiti New York.[1] Beliau mengkhususkan diri dalam bidang makroekonomi, ekonomi monetari dan ekonometrik siri masa. Sehingga 2014, beliau menduduki tangga keempat belas di kalangan ahli ekonomi paling terkenal di dunia.[2] Beliau telah dianugerahkan Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi pada tahun 2011 bersama dengan Christopher A. Sims kerana "kajian empirikal mengenai sebab dan akibatnya dalam makroekonomi".[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "NYU Bio: Thomas J. Sargent". NYU Stern. Dicapai pada 3 July 2016.
- ^ "Economist Rankings at IDEAS". Ideas.repec.org. Dicapai pada 2011-10-10.
- ^ "The Sveriges Riksbank Prize in Economic Sciences in Memory of Alfred Nobel 2011" (Siaran akhbar). Nobel Prize. 10 October 2011.