The Sleeping Dictionary
The Sleeping Dictionary | |
---|---|
Penulis | Guy Jenkin |
Dibintangi | Hugh Dancy - John Truscott Jessica Alba - Selima Bob Hoskins - Henry Bullard Brenda Blethyn - Aggie Bullard Emily Mortimer - Cecilia Bullard Noah Taylor - Neville Shipperly Eugene Salleh - Belansai Junix Nocian - Famous |
Tarikh tayangan | 2003 |
Masa tayangan | 109 min. |
Bahasa | Inggeris |
The Sleeping Dictionary (Bahasa Melayu: Kamus Tidur) adalah sebuah filem 2003 oleh Guy Jenkin. Ia difilemkan di Sarawak dan diletakkan pada sewaktu pemerintahan penjajahan British sewaktu 1930an.
Plot
[sunting | sunting sumber]Seorang lelaki Inggeris yang muda dan mentah, John Truscott (Hugh Dancy), mengunjung ke tanah jajahan British Sarawak, Borneo untuk mencuba dan menggunakan kerja bapanya pada masyarakat Iban. Dia cuba untuk memberikan mereka tamadun, membina sekolah dan memberikan pendidikan untuk suku Iban. Dia bertemu dengan adat tempatan yang tidak biasa. Selima (Jessica Alba) menjadi "kamus tidurnya", yang menidurinya dan mengajarnya bahasa dan sifat-sifat orang tempatan. Selain dari niat mereka, kedua mereka mendapati diri mereka berjatuh dalam suatu percintaan yang dilarang.
Ketidaktepatan sejarah
[sunting | sunting sumber]Wayang ini mengandungi sesetengah ketidaktepatan sejarah dan tidak menunjuk orang Iban pada cahaya yang sebenarnya, walaupun sesetengah mengakui sesetengah "puak" (setengah benar/setengah dongeng) sejarah telah wujud. Ia adalah kenyataan yang diketahui [perlu rujukan] bahawa suku Iban sebenarnya mengamalkan seni ngayap yang bermakna pemuda digalakkan menemani anak dara Iban secara buka dengan keizinan orang tua di rumah panjang.
Ia juga benar bahawa anak dara Iban sebagai "kamus tidur" telah wujud, dan ke hari ini, ada pada nyatanya banyak Eurasians terkenal di masyarakat Borneo tempatan yang menjadi bukti hidup amalan itu.
Juga, filem ini diletakkan pada apabila Raja Putih British ketiga, Charles Vyner Brooke, berada di tahta di Sarawak. Sarawak bukannya sebuah tanah jajahan British pada waktu ini, dan tidak menjadi sebuah jajahan hingga selepas Perang Dunia Kedua ketika Rajah Ketiga mansuh.