Pergi ke kandungan

The Owl House (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Owl House
Fail:The Owl House intro.png
Genre
PenciptaDana Terrace
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Penerbitan
Penerbit eksekutifDana Terrace
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Penyiaran
Saluran asalDisney Channel
Format gambar1080p (16:9 HDTV)
Laman sesawang

The Owl House ialah sebuah siri animasi fantasi-komedi Amerika Syarikat akan datang yang diterbitkan oleh Disney Television Animation. Siri ini dicipta oleh Dana Terrace, dan pada masa ini dijadualkan untuk ditayangkan pertama kali di Disney Channel pada 10 Januari 2020 hingga 8 April 2023.[1][2]

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

The Owl House ialah sebuah siri horor-komedi yang mengikuti Luz, seorang manusia perempuan remaja yakin diri yang tidak sengaja menemukan portal ke Alam Syaitan. Di sana, dia bersahabat dengan ahli sihir pemberontak, Eda, dan pahlawan kecil yang comel, King. Walaupun tidak berkuasa ajaib, Luz mengejar impiannya untuk menjadi ahli sihir dengan berkhidmat sebagai perantis Eda di Owl House dan akhirnya menemukan keluarga baharu di tempat yang tidak terduga.[3]

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]
Bahasa Inggris (Asal)
  • Wendie Malick sebagai Eda (siri)
    • Jennifer Jiles sebagai Eda[4] (pilot)
  • Sarah-Nicole Robles sebagai Luz
  • Alex Hirsch sebagai King Clawthorne dan Hooty
Bahasa Malaysia
  • Nur Zarina sebagai Luz
  • Izwanna Sulaiman sebagai Eda
  • Kharul Izwan Idahan sebagai Raja Clawthorne
  • Faizal Isa sebagai Hooty
  • Kakaa Ashireen sebagai Willow Park, Permaisuri Kelawar, Lilith Clawthorne dan Emira Blight
  • Iqa Zawani sebagai Gus Porter
  • Shasha Masella sebagai Amity Blight

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

The Owl House dicipta oleh Dana Terrace, dahulunya seniman papan cerita untuk Gravity Falls dan kemudian pengarah untuk reboot 2017 DuckTales. Siri ini pada asalnya ditetapkan untuk pengeluaran pada tahun 2019,[3] tetapi ditangguh sehingga tahun 2020.[1][5] Terrace merupakan wanita keempat untuk mencipta siri untuk Disney Television Animation, selepas Pepper Ann dengan Sue Rose, Doc McStuffins dengan Chris Nee, dan Star vs. the Forces of Evil dengan Daron Nefcy.

Rancangan ini akan dianimasikan oleh Rough Draft Korea, Sunmin Image Pictures, dan Sugarcube Animation.[6][7]

Dana Terrace berkata bahawa gaya visual diilhamkan oleh lukisan-lukisan karya Remedios Varo, John Bauer, dan Hieronymus Bosch, serta seni bina Rusia.[8]

Pemasaran

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Jun 2019, treler ditayangkan pertama kali semasa panel rancangan ini pada Annecy 2019. Treler itu kemudian dimuat naik ke saluran YouTube Disney Channel keesokannya.[2][8]

  1. ^ a b "The Owl House | Disney Channel Press" (dalam bahasa Inggeris). DisneyABC Press. Dicapai pada 11 Mac 2019.
  2. ^ a b "Watch 'The Owl House' first-look trailer". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). 11 Jun 2019. Dicapai pada 5 Julai 2019.
  3. ^ a b "Disney Channel Launching Toon Series 'Amphibia' & 'The Owl House', Renews 'Star Vs. The Forces Of Evil' For Season 4". Deadline Hollywood (dalam bahasa Inggeris). 23 Februari 2018. Dicapai pada 5 Julai 2019.
  4. ^ "Jennifer Jiles - Resume" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 April 2019.
  5. ^ "Dana Terrace on Twitter" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 April 2019.
  6. ^ "Dana Terrace on Instagram" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 April 2019.
  7. ^ "Dana Terrace on Twitter" (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ a b https://oneofus.net/2019/06/infestation-annecy-animation-festival-2019-the-owl-house

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

The Owl House di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)