The First Step: Treasure Effect
The First Step: Treasure Effect | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 11 Januari 2022 (lihat sejarah pelancaran) | |||
Dirakamkan pada | 2020 | |||
Genre | ||||
Panjang | 34:12 | |||
Bahasa | ||||
Syarikat | ||||
Penerbit |
| |||
Kronologi Treasure | ||||
| ||||
Single daripada The Second Step: Chapter One | ||||
| ||||
Single daripada The Second Step: Chapter One – Versi Jepun | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
The First Step: Treasure Effect (digayakan dalam semua huruf besar) ialah album studio pertama bagi kumpulan muzik dari Korea Selatan, Treasure. Album ini dilancarkan oleh syarikat rakaman YG Entertainment dengan tarikh prapesanan diumumkan pada 29 Disember 2020[1] dan pelancaran rasminya pula pada 11 Januari 2021. Versi digital album ini terdiri daripada 10 buah runut manakala versi cakera padat mengandungi 12 buah runut, dengan lagu "My Treasure" sebagai runut utama. Album fizikalnya didatangkan dengan tiga edisi mengikut warna iaitu biru, hijau dan jingga.
Album The First Step: Treasure Effect adalah siri keempat dan terakhir bagi siri The First Step, setelah peluncuran album-album single Treasure yang sebelumnya iaitu The First Step: Chapter One, The First Step: Chapter Two dan The First Step: Chapter Three, di mana kesemuanya dilancarkan pada tahun 2020.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Disember 2020, syarikat rakaman YG Entertainment (YGE) memuat naik poster acah melalui bolg rasmi mereka yang mengesahkan judul dan tarikh pelancaran album.[2] Pada 31 Disember, kumpulan muzik Treasure melepaskan poster tajuk untuk album mereka, mendedahkan single utama "My Treasure".[3] YGE kemudiannya mendedahkan senarai runut untuk album baharu tersebut pada 4 Januari 2021.[4] Bermula dari 5 Januari, suatu siri poster dengan ayat-ayat daripada seni kata lagu "My Treasure" disiarkan setiap hari.[5][6][7][8] Video muzik acah untuk lagu tersebut dilancarkan pada 9 Januari,[9] manakala video muzik rasmi diluncurkan pada 11 Januari, serentak dengan pelancaran rasmi album.[10]
Pada 31 Mac 2021, versi bahasa Jepun untuk album tersebut dilancarkan. Runut "Beautiful" dipilih sebagai lagu utama dan kesemua lagu asal yang lain dirakamkan semula dalam bahasa Jepun.[11]
Komposisi
[sunting | sunting sumber]Runut utama
[sunting | sunting sumber]YG Entertainment (YGE) menerangkan bahawa seni kata runut utama album, "My Treasure" mengandungi “maksud di mana semua orang adalah kesayangan yang unik, yang memberikan pesanan harapan untuk 'bangkit pada waktu-waktu sukar. Mentari akan terbit dan menyinar lagi esok'” dan menambah, “melalui lagu My Treasure, kami berharap para peminat yang telah menyokong Treasure dan orang di luar sana yang sedang menderita akan disenangkan hatinya”.[3] YGE seterusnya menyifatkan "My Treasure" sebagai “lagu pop yang berseri dan menarik” yang akan “menceriakan pendengar dan membuatkan mereka berasa lebih baik dalam masa sukar ini”.[12]
Semasa sidang akhbar dalam talian yang diadakan untuk pelancaran album The First Step: Treasure Effect, kumpulan Treasure menerangkan lagu "My Treasure" sebagai “sebuah lagu yang membawa pesanan kita ialah makhluk yang berharga. Melodi piano di permulaan dan bunyi bras menghasilkan harmoni, menjadikan suasana itu ceria”.
Lagu-lagu lain
[sunting | sunting sumber]Ditulis dan digubah oleh Lee Chan-hyuk daripada kumpulan duo AKMU, lagu "Slow Motion" membawa gambaran “maju dengan tenang sambil menggabungkan bes dan piano, menyatakan tema 'mari kita melalui dunia yang perit ini bersama-sama sambil berpegangan tangan, perlahan tetapi mantap'”. "Tetap Bersamaku" (tajuk asal: 나랑 있자) adalah sebuah lagu dengan bisikan yang menyatakan kamu seharusnya bersama denganku, dan "Jingga" (tajuk asal: 오렌지) pula sebuah lagu dengan “keadaan retro yang kedengaran biasa lagi segar”.[13]
Promosi
[sunting | sunting sumber]The First Step: Treasure Effect dilancarkan di seluruh dunia pada 11 Januari 2021 melalui YGE bersama-sama dengan video muzik runut utamanya "My Treasure".[14] Bersempena dengan kemunculan kembali itu, Treasure mengadakan sidang akhbar dalam talian 2 jam sebelum pelancaran untuk berbicara mengenai album tersebut.[13]
Single
[sunting | sunting sumber]Video muzik rasmi runut utama "My Treasure" telah dimuat naik di saluran YouTube dan Naver TV serentak dengan peluncuran single dan album.[14][15] Treasure memulakan promosi mereka dengan persembahan langsung televisyen di pelbagai program muzik Korea Selatan seperti M Countdown, Show! Music Core dan Inkigayo.[16]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]Versi bahasa Korea
[sunting | sunting sumber]The First Step: Treasure Effect | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "My Treasure" (Sayangku) |
|
|
| 3:15 | |||||
2. | "나랑 있자 (Be With Me)" (Tetap Bersamaku) |
|
| Rovin | 3:08 | |||||
3. | "Slowmotion" (Gerakan Perlahan) |
|
|
| 3:10 | |||||
4. | "Boy" (Jejaka) |
|
| R.Tee | 3:16 | |||||
5. | "들어와 (Come to Me)" (Masuklah) |
| Rovin | Rovin | 3:24 | |||||
6. | "사랑해 (I Love You)" (Aku Mencintaimu) |
| R.Tee |
| 3:01 | |||||
7. | "B.L.T (Bling Like This)" (B.L.T (Pancar Seperti Ini)) |
|
|
| 3:25 | |||||
8. | "음" (Mmm) |
|
|
| 3:28 | |||||
9. | "오렌지 (Orange)" (Jingga) |
|
|
| 4:16 | |||||
10. | "미쳐가네 (Going Crazy)" (Jadi Gila) |
| Future Bounce | Future Bounce | 3:44 | |||||
Jumlah masa: 34:07 |
The First Step: Treasure Effect – CD sahaja | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
11. | "사랑해 (I Love You)" (Mellow Mood) |
| R.Tee |
| 3:12 | |||||
12. | "음 (Mmm)" (Rock ver.) |
|
|
| 3:25 | |||||
Jumlah masa: 40:36 |
Versi bahasa Jepun
[sunting | sunting sumber]The First Step: Treasure Effect | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "Beautiful[a][b]" (Cantik) |
|
|
| 3:49 | |||||
2. | "My Treasure" (Sayangku) |
|
|
| 3:17 | |||||
3. | "Be With Me" (Beradalah Denganku) |
|
| Rovin | 3:09 | |||||
4. | "Slowmotion" (Gerakan Perlahan) |
|
|
| 3:11 | |||||
5. | "Boy" (Jejaka) |
|
| R.Tee | 3:17 | |||||
6. | "Come to Me[a]" (Datanglah Kepadaku) |
| Rovin | Rovin | 3:25 | |||||
7. | "I Love You" ((Aku Mencintaimu) |
| R.Tee |
| 3:02 | |||||
8. | "B.L.T (Bling Like This)[a]" (B.L.T (Pancar Seperti Ini)) |
|
|
| 3:25 | |||||
9. | "Mmm" (Versi Jepun) |
|
|
| 3:28 | |||||
10. | "オレンジ[a]" (Jingga) |
|
|
| 4:17 | |||||
11. | "ミチョガネ (Going Crazy)" (Jadi Gila) |
| Future Bounce | Future Bounce | 3:46 | |||||
Jumlah masa: 38:13 |
The First Step: Treasure Effect – CD sahaja | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
12. | "I Love You" (Mellow Mood[a]) |
| R.Tee |
| 3:17 | |||||
13. | "Mmm" (Rock ver.[a]) |
|
|
| 3:30 | |||||
Jumlah masa: 45:00 |
The First Step: Treasure Effect – DVD/Blu-ray sahaja | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "Boy" (Video muzik) | 3:15 | ||||||||
2. | "I Love You" (Video muzik) | 3:00 | ||||||||
3. | "Mmm" (Video muzik) | 3:25 | ||||||||
4. | "My Treasure" (Video muzik) | 3:13 | ||||||||
5. | "Di Sebalik Tabir "The First Step: Treasure Effect"" | |||||||||
Catatan
- ↑[a] Tidak termasuk dalam edisi standard CD.[17]
- ↑[b] Merupakan lagu tema bagi rancangan anime Black Clover musim keempat.
- Kesemua runut digayakan dengan huruf besar.
Carta
[sunting | sunting sumber]Carta mingguan
[sunting | sunting sumber]Carta (2021) | Kedudukan tertinggi |
Rujukan |
---|---|---|
Versi bahasa Korea | ||
Album Korea Selatan (Gaon) | 1 | [18] |
Versi bahasa Jepun | ||
Album Jepun (Oricon) | 1 | [19] |
Album Hangat Jepun (Billboard Jepun) | 1 | [20] |
Carta bulanan[sunting | sunting sumber]
|
Carta hujung tahun[sunting | sunting sumber]
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "'Comeback' TREASURE, Debut Album Pre-Order Begins… Will They Reach Their Goal of 1M in Sales". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2020. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ "TREASURE Officially Announces the Release of Their Debut Album on January 11… Reveals Teaser Poster". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ a b "TREASURE Will Open the New Year with Their Official Debut Album… Title Track 'MY TREASURE'". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ "TREASURE Lists 12 Songs in Official Debut Album… Participated by LEE CHAN HYUK of AKMU". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ "TREASURE Presents Lyric Poster… Reveals Partial Lyrics of Title Track 'MY TREASURE'". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ "YG TREASURE Uploads Title Track Lyric Posters of ASAHI∙DOYOUNG∙JIHOON→Reveals Lyrics "We'll Eventually Shine"". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ "HARUTO·BANG YE DAM·YOSHI of TREASURE Melts the Cold Wave with Sunny Smiles". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ "PARK JEONG WOO X MASHIHO X JUNKYO of TREASURE Reveals Debut Album Lyric Posters… Comforting+Hopeful Message". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ "'Comeback D-2' TREASURE Reveals 'MY TREASURE' MV Teaser". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ Choi, Ji-won (11 Januari 2021). "Treasure closes 'First Step' with first studio album 'Treasure Effect'". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2021. Dicapai pada 21 Mac 2021.
- ^ "日本デビュー決定のTREASURE、モデルプレスで連載スタート 特別動画を公開<TREASURE×モデルプレス>". RPM9 (dalam bahasa Jepun). 22 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 1 Mac 2021.
- ^ "'Comeback on the 11th' TREASURE's 'TREASURE EFFECT' Begins… Overview of Their Brilliant History". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ a b "TREASURE, "First Attempt on a Song with a Bright Mood… Our Goal is to Console"". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ a b "TREASURE's Fairytale Fantasy Heals You Just by Watching… 'MY TREASURE', A Song That Will Shake Off the Depression From COVID19". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ TREASURE - ‘MY TREASURE’ M/V. Naver TV (Video muzik) (dalam bahasa Korea). YG Entertainment. 11 Januari 2021.
- ^ Park Seo-yeon. "TREASURE to Appear on 'M Countdown' in 4 Years and 2 Months As a YG Artist… Will Perform 'MY TREASURE'·'GOING CRAZY'". YG LIFE (dalam bahasa Inggeris). Herald Pop. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2021. Dicapai pada 17 Mei 2021.
- ^ "JAPAN DEBUT ALBUM 『THE FIRST STEP : TREASURE EFFECT』– CD Album". YGEX (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 16 Disember 2022.
- ^ "Gaon Album Chart – Week 3, 2021". Carta Gaon (dalam bahasa Korea). 10–16 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2021. Dicapai pada 21 Mac 2021.
- ^ "Oricon Top 50 Albums: 2021-04-12". Oricon (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2022. Dicapai pada 7 April 2021.
- ^ "Billboard Japan Hot Albums". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). 7 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2021. Dicapai pada 7 April 2021.
- ^ "2021년 01월 Album Chart" (dalam bahasa Korea). Carta Gaon. Dicapai pada 2 Jun 2021.
- ^ "2021년 Album Chart". Carta Gaon (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 Januari 2022.