Pergi ke kandungan

The Fast and the Furious

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Fast and the Furious
Poster The Fast and The Furious
PengarahRob Cohen
PenulisKen Li (rencana majalah Racer X)
Gary Scott Thompson
Erik Bergquist
David Ayer
Dihasilkan olehNeal H. Moritz
DibintangiPaul Walker
Vin Diesel
Michelle Rodriguez
Jordana Brewster
Disunting olehPeter Honess
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
Amerika Syarikat 22 Jun 2002
Jepun 20 Oktober 2002
Masa tayangan
102 min.
NegaraAmerika Syarikat Amerika Syarikat
Jepun Jepun
BahasaBahasa Inggeris
Bahasa Jepun
BajetAS$38,000,000
Pecah panggungAS$ 207,283,925[1]

The Fast and the Furious adalah filem lumba haram tahun 2002 yang dibintangi oleh Paul Walker, Vin Diesel, Michelle Rodriguez dan Jordana Brewster, serta diarahkan oleh Rob Cohen. The Fast and the Furious adalah filem arus perdana pertama yang menampilkan budaya ubah suai kereta talaan Asia di Amerika Utara. Ia merupakan filem pertama dalam siri filem The Fast and the Furious dan bukanlah buatan semula filem tahun 1956 dengan judul yang sama, sebaliknya ia sebenarnya berasaskan kepada satu rencana majalah oleh Ken Li berjudul Racer X.[perlu rujukan]

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Kisah ini bermula di sebuah pelabuhan,sedang mengangkat kontena Yang mengandungi barangan elektrik. Sekumpulan kereta Honda Civic sedang merampas lori serta mengambil kandungannya. Kereta pertama pergi ke hadapan lori dan menggunakan cangkuk untuk mencabut cermin kaca lori. Salah seorang yang terlibat seterusnya menggunakan satu lagi cangkuk untuk memecah masuk ruang pemandu, memengsankan pemadu lori, dan seterusnya membawa lari lori tersebut berserta kandungannya. Asalnya para pemandu lori baru sahaja bercadang untuk membawa senjata untuk melindungi diri masing-masing, tetapi menangguhkannya dan membiarkan pihak polis mengendalikannya. Brian (Paul Walker) adalah seorang pegawai polis menyamar yang ditugaskan untuk menyiasat dalang di sebalik kejadian rampasan lori tersebut.

Dia cuba bercampur gaul dengan sekumpulan orang pimpinan Dominic Toretto (Vin Diesel). Toretto membuka sebuah kedai runcit serta menala kereta. Vince (Matt Schulze) bergaduh dengan Brian tetapi kemudian dileraikan oleh Dominic dan seterusnya memberitahunya supaya tidak datang lagi. Brian muncul lagi dalam satu perlumbaan haram dan bertaruh keretanya akan menang. Dominic mengalahkannya dengan mudah dalam perlumbaan tersebut. Tidak lama kemudian, sekumpulan anggota polis datang untuk memberkas para pelumba haram. Mereka melarikan diri, tetapi Brian pula menunggu dan mengambil Dominic. Seterusnya, mereka diancam orang bawahan kepada kedai kereta pesaing warga Vietnam yang seterusnya meletupkan kereta Brian. Seterusnya, Toretto mengatakan bahawa Brian berhutang dengannya "kereta sepuluh saat", iaitu kereta yang boleh menamatkan perlumbaan drag 400 m dalam masa kurang sepuluh saat.

Tidak lama kemudian, Brian bergaul dengan kumpulan Toretto. Dia turut berpasangan dengan adik perempuan Dominic, Mia, dan mula menala kereta untuk mengumpul lebih maklumat. Tanda gelincir pada kereta-kereta Honda Civic tersebut menunjukkan satu jenama tayar tertentu. Semasa Brian pergi ke kedai pada larut malam untuk memeriksa kereta tersebut, tayar tersebut tidak sama dengan tayar yang dipasang pada kereta Honda Civic tersebut. Vince, salah seorang rakan Dominic, ternampak Brian dan menuduhnya sebagai seorang anggota polis. Brian menafikannya dan mengatakan dia tidak mahu kalah lagi, maka dia memeriksa kereta semua orang. Dominic, Vince, dan Brian kemudian memecah masuk kedai kereta warga Vietnam tersebut, di mana mereka menjumpai longgokan pemain DVD serta kereta tanpa enjin di dalamnya.

Brian melaporkan penemuannya kepada orang atasannya. Selepas satu lagi rampasan lori, pihak polis mula bergerak dan terus menangkap kesemua pekerja kedai kereta warga Vietnam tersebut, tetapi kemudian mendapati kesemua pemain DVD itu dibeli secara sah dan bukan daripada hasil rampasan lori. Orang atasan Brian membuat kesimpulan bahawa rampasan tersebut adalah hasil kerja Toretto. Brian cuba bertanya Toretto di mana dia mendapatkan wang untuk membeli kesemua peralatan serta mahu menyertai setiap aktiviti yang disertai Toretto. Toretto bersetuju dengan syarat Brian memenangi Perang Perlumbaan akan datang di sebuah gurun.

Dalam satu perlumbaan, ahli kumpulan Toretto, Jesse, berlumba dengan Johnny Tran dan kalah. Dia kemudian melarikan diri dengan pantas. Di sebelah malamnya, Toretto dan ahli kumpulannya yang lain mula bergerak. Brian memberitahu Mia bahawa dia seorang anggota polis menyamar dan memberitahunya bahawa kali ini semua pemandu lori kini bersenjata. Dia memujuk Mia untuk mengikutinya untuk menyelamatkan Toretto.

Mereka mengesan isyarat telefon bimbitnya ke Laluan Negeri California 86. Toretto menggerakkan kumpulan Civicnya untuk melakukan rampasan lori terakhir. Sebaik sahaja subuh, mereka menjumpai sebuah lori dan cuba merampasnya. Namun demikian, pemandu lori tersebut bersenjatakan shotgun. Lengan Vince tersangkut pada cangkuk semasa Letty dan Toretto mengayunkannya dengan kuat untuk menyelamatkannya. Kereta Letty kemudian terbalik manakala Dominic tidak lama kemudian tergelincir ke tepi jalan. Brian mengejar lori tersebut dan melepaskan Vince semasa pemandu lori berkenaan sedang mengisi peluru pistolnya. Dia memanggil sebuah helikopter, mendedahkan kepada Toretto bahawa dia sememangnya pegawai polis. Toretto memandu pergi dengan rasa marah.

Brian berdepan dengan Toretto di rumahnya. Pada masa tersebut, Jesse pulang. Sepasang orang bawahan kedai warga Vietnam yang menaiki motosikal melepaskan tembakan dan mencederakan Jesse. Brian dan Dominic memandu kereta masing-masih untuk mengejar mereka. Dominic berjaya menterbalikkan salah satu motosikal tersebut. Brian pula berjaya menembah jatuh satu lagi motosikal yang lain. Mereka bertemu di satu simpang dan mula berlumba haram. Kedua-dua kereta sempat memecut melepasi lintasan kereta api sebelum sebuah kereta api melaluinya. Semasa mereka saling memandang antara satu sama lain pula, kereta Dominic terbalik. Dalam babak terakhir Brian memberi kunci keretanya kepada Dominic, sambil berkata, "Aku masih berhutang kepada kau kereta sepuluh saat."

Dalam babak pos kredit,terlihat Dominic sedang memandu kereta Chevrolet Chevelle di Baja,Mexico.

Kutipan pecah panggung

[sunting | sunting sumber]

Filem ini ternyata sangat berjaya, dengan kutipan kasar AS$40,089,015 pada minggu pertama tayangannya, melepasi bajet asal filem ini iaitu $38 juta.[1] Jumlah kutipan kasar ialah AS$144,533,925 bagi pasaran domestik, serta AS$62,750,000 di luar negara, menjadikan jumlah keseluruhan $207,283,925.

Penampilan kereta

[sunting | sunting sumber]

Pelbagai kereta ubah suai ditampilkan dalam filem ini, termasuklah yang berikut:[2]

Kereta Warna Tahun Pemandu Keadaan di dalam filem
Dodge Charger (B-body) Hitam 1970[3] Dominic Toretto.[4] Remuk setelah berlanggar secara berdepan dengan lori selepas melepasi kereta api; berlumba dengan kereta Toyota Supra milik Brian.
Chevrolet Chevelle Jalur merah/hitam 1970 Dominic Toretto Ditunjukkan di akhir filem semasa Dominic berada di Baja, Mexico
Mitsubishi Eclipse Hijau Neon 1995 Brian O'Conner[5] Ditembak oleh Johnny Tran; musnah selepas tong nitrus oksida meletup; dilengkapi enjin 420a dengan pengecas turbo pengeluar bebas.
Honda Civic Coupe 1.6 Turbo Coupe 2 pintu Hitam (dengan neon bawah hijau) 1995 Dominic Toretto Menerima kerosakan enjin teruk akibat tembakan shotgun pemandu lori.
Honda Civic Coupe 1.6 Turbo Coupe 2 pintu Hitam (dengan neon bawah hijau) 1995 Leon Ditunjukkan selepas Letty terhempas di gurun dan Toretto memberitahu Leon untuk mendapatkannya, manakala dia menyelamatkan Vince.
Honda Civic Coupe 1.6 Turbo Coupe 2 pintu Hitam (dengan neon bawah hijau) 1995 Letty Kerosakan badan selepas bergesel dengan lori treler dan bergulung sebanyak dua kali.
Honda S2000 Hitam (dengan grafik Asia) 2000 Johnny Tran Ditunjukkan semasa Johnny berlumba dengan Jesse untuk geran kereta semasa Perang Perlumbaan.
Mazda RX-7 FD3S Merah 1993 Dominic Toretto[6] Tersadai di garaj letak kereta. Kali terakhir dilihat dipandu ke rumah Dominic untuk melihat Dodge Charger di garajnya serta semasa Perang Perlumbaan.
Nissan Maxima SE EX Biru 1999 Vince Kelihatan pada awal filem semasa mereka bertindak dan Vince bertanyakan Jesse mengenai pengecas super. Kali terakhir dilihat meninggalkan Perang Perlumbaan.
Nissan Skyline Kuning 1995 Leon Dilihat sekejap, semasa Leon memberitahu budak penghantar piza untuk "mencari jalan pulang yang lain."
Toyota Supra(2JZ-GTE) Jingga 1994 Kereta kedua Brian[7] Dom pergi dengannya selepas menghancurkan kereta Dodge Charger R/Tnya, Brian memberikan kunci keretanya kepada Dominic. Di dalam filem Jesse merujuk kepada belanja $10,000-$15,000 pada kereta ini. Yang sebenarnya, lebih $150,000 dilaburkan kepada kereta Supra tersebut.
Volkswagen Jetta (A3 Type 1H) Putih 1995 Jesse Ditembak oleh geng Johnny Tran semasa memandu di rumah Toretto. Jesse turut ditembak semasa insiden tersebut.
Acura Integra GS-R Turquoise 1993 Mia Toretto Kelihatan semasa Mia dan Brian meninggalkan restoran, "Cha, Cha, Cha", sambil Mia memecut dan membuat pusingan-U lebar.
Ferrari F355 Spyder Hitam 1999 Neal Moritz (penerbit filem) Kelihatan semasa Brian dan Toretto mengambil kereta Supra yang sudah siap untuk dipandu uji, bersama-sama dengan kereta Ferrari di persimpangan lampu isyarat. Perlumbaan antara Supra dan Ferrari, dengan Supra mendahului.
Nissan 240sx (S14 Silvia) Coupe 2 pintu Ungu 1997 Letty Kelihatan semasa kumpulan Toretto memandu ke kedai runcit di mana Brian sedang makan. Letty keluar dari kereta tersebut.
Ford Lightning SVT Merah 1999 Harry (Kereta syarikat—dipandu oleh Brian) Mula dilihat secara keseluruhan semasa pergaduhan pertama Brian dengan Vince.
Acura Integra Merah/kuning 1996 Edwin[8] Hanya kelihatan semasa Edwin berlumba dengan Toretto, Brian dan seorang pemandu Asia tidak bernama semasa perlumbaan pertama.
Honda Civic Hatchback Keemasan 1992 Hector Diperkenalkan kepada Brian oleh Hector di tempat meletak kereta bagi kesemua lumba haram. Juga kelihatan semasa Hector pergi ke kedai Harry untuk membeli alat ganti Honda Civic.

Sambungan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini menghasilkan 3 sambungan: 2 Fast 2 Furious, The Fast and the Furious: Tokyo Drift, dan Fast and Furious. Paul Walker kembali untuk sambungan pertama, bergandingan dengan Tyrese Gibson, tetapi dikecualikan untuk sambungan kedua. Lucas Black membintangi sambungan kedua. Sambungan ketiga menampilkan Vin Diesel, Paul Walker, Michelle Rodriguez dan Jordana Brewster yang melakonkan semula watak mereka di dalam filem pertama.

  1. ^ a b The Fast and the Furious (2002)
  2. ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Motorbooks.
  3. ^ Menurut buku The Fast and the Furious The Official Car Guide, Pgs 26-27, kereta Charger menggabungkan bahagian daripada model tahun 1970 dan 1969 Dodge Charger, menjadikan tahun pengeluarannya diragukan. Namun bagi filem ini, ia secara rasmi disenaraikan sebagai model tahun 1970.
  4. ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 26-27
  5. ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 10-13
  6. ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 14-17
  7. ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 22-25
  8. ^ Kris Palmer The Fast and the Furious The Official Car Guide Pgs 18-21

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]