The Cliffters
The Cliffters | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Singapura |
Genre | Pop yeh-yeh |
Tahun aktif | 1960-an |
Pengkarya berkait | June Abdullah Rikineo Bajuri/Rickieno Bajuri |
Kumpulan The Cliffters merupakan sebuah kugiran yang aktif pada era 1960-an. Kumpulan ini pernah merakamkan lagunya dalam bentuk piring hitam (penyanyi utamanya June Abdullah, dan Rickieno Bajuri).
Pada ketika itu, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).
Kumpulan The Cliffters pernah menyertai pertandingan 'Rolling Stones of Singapore' dan berjaya menggondol juara dalam pertandingan tersebut.
Ahli
[sunting | sunting sumber]- Rickieno Bajuri
- Alistini Bajuri
- Jack Bajuri pemain drum
- Marstino pemain Gitar Irama (rhythmn gitar)
Kumpulan The Cliffters terdiri kebanyakannya dari adik beradek, antaranya adalah Alistini Bajuri yang turut juga merakamkan lagu Bawean bertajuk "Oh Alek" dalam EP "Lagu-lagu Melayu The Cliffters - Singapore Rolling Stones" yang diedarkan pada pertengahan tahun 1966. Kemungkinan "Oh Alek" merupakan lagu Bawean pertama yang dirakamkan ke piring hitam.
Lagu2 lain dalam EP Horse Brand NFEP 5004 itu ialah "Oh di Mana Bahagia" - June Abdullah, "Pengembara" - June Abdullah dan "Hampa" - Rickieno Badjuri.
Alistini Bajuree adalah adik kepada Rickino Bajuree. Seorang lagi adik mereka adalah Jack Bajuree yang juga merupakan pemain drum "The Cliffters- Singapore Rolling Stones"
Marstino adalah pemain Gitar Irama (rhythmn gitar) kugiran itu tetapi bukannya bersaudara dengan mereka.