The Carbonaro Effect
The Carbonaro Effect | |
---|---|
Genre | Kamera sembunyi |
Pengarah | Phil Britton Leo Scherman |
Dibintangi oleh | Michael Carbonaro |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 4 |
Bilangan episod | 73 |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Kamera Tersembunyi |
Tempoh siaran | 30 minit |
Syarikat penerbitan | Fields Entertainment 11 Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TruTV |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Siaran asal | April 1, 2014 – kini |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Candid Camera |
The Carbonaro Effect (Melayu: Kesan Carbonaro) adalah siri komedi terapan kamera tersembunyi dari Amerika Syarikt. Rancangan ini bermula pada 1 April 2014 disiarkan di truTV serta dihoskan oleh Michael Carbonaro, seorang ahli silap mata di mana beliau melakukan helah pada orang yang dirakam oleh kamera tersembunyi. Pada akhir setiap helah atau jenaka praktikal, dia merujuk kepada Kesan Carbonaro yang rekaan sendiri semata-mata.
Untuk mempromosikan separuh dua musim pertama, TBS menyiarkan dua jam marathon pada 30 Oktober 2014. Musim kedua ditayangkan pada 1 April 2015. Musim ketiga ditayangkan pada 1 Februari 2017. Musim keempat ditayangkan pada 17 Mei 2018, bersamaan dengan siri 'orang dalam' yang diberi nama The Carbonaro Effect: Inside Carbonaro.
Siaran antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Di Brazil, ia ditayangkan melalui truTV dan Rede Bandeirantes.
- Di Bulgaria, ia ditayangkan melalui Discovery Channel.
- Di Quebec, Kanada, tayangan alih suara versi Bahasa Perancis di Z.[1]
- Di India, ia ditayangkan melalui Comedy Central India.
- Di Itali, ia ditayangkan melalui K2 (Discovery Networks Europe).
- Di Malaysia, ia ditayangkan melalui Warner TV dan Astro Hello.
- Di Filipina, ia ditayangkan melalui Warner TV.
- Di Portugal, ia ditayangkan melalui SIC Radical.
- Di Spanyol, ia ditayangkan melalui TEN dan TNT.
- Di Thailand, ia ditayangkan melalui Warner TV.
- / Di UK dan Ireland, ia mempunyai tayangan khas edisi British/Ireland oleh truTV.
- Di Uruguay, ia ditayangkan melalui Monte Carlo TV.
- Di Afrika, ia ditayangkan melalui Discovery Family.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "L'effet Carbonaro". ztele.com. Dicapai pada 7 April 2015.