Thank You Allah ialah album studio pertama oleh penyanyi MuslimSweden, Maher Zain. Album ini dikeluarkan pada 1 November 2009 oleh Awakening Records, dengan 13 lagu dan dua trek bonus. Tiga lagu dalam album ini dikeluarkan sebagai single, yang memiliki muzik video sendiri. Album ini telah mencapai rekod jualan 8× platinum Malaysia[1] setakat pada Januari 2011 dan telah terjual sebanyak 300,000 salinan (20× platinum) setakat Jun 2016.[2] Maher menerbitkan album ini bersama penerbit Sweden, Bilal Hajji.
Pada September 2011, Maher Zain menerima pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-18, di mana beliau dicalonkan untuk kategori "Lagu Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara" menerusi lagu "Insha Allah", namun dimenangi oleh lagu "Ku Menunggu" oleh penyanyi Indonesia, Rossa.[3]
Edisi Platinum Thank You Allah dikeluarkan di Malaysia dengan runut 1-13 bersamaan dengan versi basa. Namun Edisi Platinum memuatkan tiga trek bonus (trek 14-16) termasuk versi bahasa Melayu "Insha Allah".