Pergi ke kandungan

Terumbu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terumbu yang timbul dekat sebuah pulau dalam Kepulauan Galapagos.

Terumbu (Jawi: ترومبو) ialah permatang atau anjuran batu, karang (seperti terumbu karang) atau bahan semulajadi yang relatif sama kukuh terletak di bawah atau di atas permukaan laut.[1][2]

Terumbu boleh membahayakan kapal yang lalu-lalang. Bahkan, ratusan buah kapal telah dilaporkan melanggar terumbu memakan jutaan dolar kargo dibawa, mengancam keselamatan anak kapal malah mengancam ekosistem lautan.[1]

  1. ^ a b "Encyclopedic Entry: Reef". Resource Library. Washington, DC: National Geographic Society. 30 September 2011. Dicapai pada 17 April 2022.
  2. ^ "terumbu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.