Pergi ke kandungan

Terlarang Sudah Rinduku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terlarang Sudah Rinduku
GenreDrama, keluarga
Ditulis olehZuraida Ramli
PengarahIsmail Yaacob
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mengapa" oleh Anis Al-Idrus
Lagu penutup"Mengapa" oleh Anis Al-Idrus
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Azlin Rahim
  • Lyn Lyn
PenerbitAlias Mohamed
Penyunting
  • Shahril Shamsokahar
  • Faiz Fassal
  • Hasaniah Hassan
SinematografiKamarularif Tajuddin
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Wiranusa Corporation
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar1080i (HDTV)
Siaran asal16 Jun 2016 – 17 Julai 2016

Terlarang Sudah Rinduku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Atikah Suhaime, Amar Asyraf, Nina Iskandar dan Afzan A. Rahman. Premis cerita ini berkisarkan tentang dua sahabat karib yang mempunyai dua perwatakan yang sangat berbeza. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 dari 16 Jun 2016 hingga 17 Julai 2016 menggantikan Pujaan Hati Umi.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[3]

Mengisahkan tentang dua sahabat iaitu Nina (Atikah Suhaime) dan Erin (Nina Iskandar) yang mempunyai dua perwatakan yang sangat berbeza. Erin terpaksa menumpang di rumah Nina setelah kematian ibunya. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Erin tidak memuaskan ekoran tertekan dengan kematian ibunya, manakala Nina pula mendapat keputusan yang membolehkannya untuk sambung belajar ke menara gading.

Nina dicintai oleh Irshad (Amar Asyraf), yang sanggup berhabis apa sahaja sehingga sanggup untuk Nina. Irshad juga sanggup untuk menanggung pembelajaran Nina di sebuah kolej swasta. Malangnya, Nina mula hanyut dan lupa diri apabila bertemu dengan Idham. Idham mampu memberi Nina kemewahan yang lebih banyak berbanding Irshad. Sejak daripada itu, segala kebaikan Irshad tidak lagi berkesan di hatinya dan lebih meyedihkan lagi, Nina sanggup memutuskan pertunangannya untuk bersama Idham.

Tindakan yang tidak berhati perut itu, membuat Irshad mula mendekati Erin dan akhirnya mereka mula jatuh cinta. Manakala, Nina pula menempah nasib malang kerana Idham merupakan seorang pengedar dadah tanpa dia ketahui. Erin yang sentiasa merisaukan dan sayangkan sahabatnya, Nina, sanggup melaporkan kegiatan Nina dan Idham kepada pihak polis dan akhirnya mereka ditangkap serta dipenjarakan.

Mak Enab, ibu kepada Nina dan Erin berharap agar hukuman penjara itu dapat memberi pengajaran kepada Nina namun harapan itu hanya angan-angan kerana tindakan Erin itu membuatkan Nina lebih membencinya dan berdendam. Selepas keluar dari penjara, Nina berdendam dan merancang untuk memusnahkan hubungan Erin dan Irshad sehingga berantakan. Bagaimanakah cara Nina untuk memusnahkan hubungan sahabatnya? Adakah perancangannya berjaya untuk memisahkan mereka berdua?

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Terlarang Sudah Rinduku (TV9) My Infotaip (16 Jun 2016). Dicapai pada 5 Mei 2017.
  2. ^ Budiey (14 September 2016). Drama Terlarang Sudah Rinduku Lakonan Atikah Suhaime dan Amar Asyraf Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  3. ^ Terlarang Sudah Rinduku (2016): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 11 Oktober 2018.