Pergi ke kandungan

Terjemahan Bahasa Tersebar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terjemahan Bahasa Tersebar atau "Distributed Language Translation" (DLT) merupakan satu projek untuk membina sistem terjemahan mesin untuk dua belas bahasa Eropah. Ia terlaksana antara 1985 dan 1990.

Ciri utama DLT adalah penggunaan Esperanto sebagai bahasa perantaraan "intermediate language" (IL) dan idea bahawa terjemahan boleh dipecahkan kepada dua tahap: dari L1 kepada IL dan kemudiannya daripada IL kepada L2. Terjemahan perantaraan boleh dipancarkan melalui jaringan kepada sebarang jumlah stesen kerja yang akan menguruskan terjemahan daripada IL kepada bahasa yang diingini. Kerana format IL merupakan sumber yang jelas, ia sendiri boleh digunakan sebagai sumber untuk terjemahan lanjut tanpa campur tangan manusia. — Job M. van Zuijlen (salah seorang penyelidik DLT)

DLT dilaksanakan oleh rumah perisian Belanda BSO (sekarang dikenali sebagai Origin/Atos) di Utrecht dengan kerjasama dengan sekarang telah ditutup, syarikat pembuat kapal terbang Belanda Fokker dan Persatuan Esperanto Sejagat.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]