Terengganu City FC merupakan sebuah kelab bola sepak berasal dari Terengganu, Malaysia. Ditubuhkan pada Jun 2016 dan diasaskan oleh 4 orang penyokong bola sepak Terengganu yang bekerja dalam 4 profesion yang berbeza iaitu bidang kejuruteraan, arkitek, doktor perubatan dan juga penganalisis bola sepak. Kelab ini merupakan sebuah kelab bola sepak yang berasaskan komuniti dimana peminat akan mempunyai hak dalam menentukan hala tuju pasukan ini.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.