Terabait
Penampilan
Kuantiti bait | |||||
---|---|---|---|---|---|
Awalan SI | Kegunaan sejarah | Awalan perduaan | |||
Simbol (nama) |
Nilai | Simbol | Nilai | Simbol (nama) |
Nilai |
kB (kilobait) | 10001 = 103 | KB | 10241 = 210 | KiB (kibibait) | 210 |
MB (megabait) | 10002 = 106 | MB | 10242 = 220 | MiB (mebibait) | 220 |
GB (gigabait) | 10003 = 109 | GB | 10243 = 230 | GiB (gibibait) | 230 |
TB (terabait) | 10004 = 1012 | TB | 10244 = 240 | TiB (tebibait) | 240 |
PB (petabait) | 10005 = 1015 | PB | 10245 = 250 | PiB (pebibait) | 250 |
EB (eksabait) | 10006 = 1018 | EB | 10246 = 260 | EiB (eksbibait) | 260 |
ZB (zetabait) | 10007 = 1021 | ZB | 10247 = 270 | ZiB (zebibait) | 270 |
YB (yotabait) | 10008 = 1024 | YB | 10248 = 280 | YiB (yobibait) | 280 |
Unit Warisan | |
---|---|
Unit | Nilai |
KB | 210 Bait = 1024 Bait |
MB | 220 Bait = 1024 KB |
GB | 230 Bait = 1024 MB |
TB | 240 Bait = 1024 GB |
Terabait (diterbitkan daripada awalan tera-) ialah istilah ukuran untuk muatan storan data. Nilainya berdasarkan radiks perpuluhan (asas 10) dan ditakrifkan sebagai satu trilion (skala pendek) bait, atau 1000 gigabait. Simbolnya ialah TB.
Bilangan bait dalam satu terabait kekadang dinyatakan sebagai lebih kurang 1.099 x 1012. Perbezaan ini diakibatkan oleh percanggahan antara:
- tradisi penggunaan awalan perduaan dan asas 2 yang sudah mantap dalam dunia komputer; dengan
- piawai perpuluhan (SI) yang lebih popular dan intuitif yang telah diterimaguna secara meluas dalam industri tersebut.
Pertubuhan-pertubuhan piawaian seperti IEC, IEEE dan ISO mengesyorkan penggunaan istilah ganti, iaitu tebibait (TiB), untuk menandakan ukuran tradisional bagi 10244 bait atau 1024 gibibait dan dengan itu, menyebabkan takrif-takrif yang berikut:
- Menurut piawai SI dan penggunaan terkini, satu terabait (TB) mengandungi 1,000,000,000,000 bait = 10004 atau 1012 bait.
- Menurut aritmetik tradisional dan perduaan, satu terabait mengandungi 1,099,511,627,776 bait = 10244 atau 240 bait. Jumlah ini kini dikenali sebagai tebibait untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
Muatan-muatan peranti storan komputer secara tradisi diiklankan dengan menggunakan nilai-nilai piawai SI masing-masing.