Templat:Garis masa Empayar Byzantine
Penampilan
Garis masa Empayar Byzantine | |
---|---|
667 SM | Bandar purba Byzantium (kemudiannya Konstaninopolis/Kustantiniyah dan Istanbul) ditemui. |
27 SM | Kebangkitan Empayar Rom. |
ca. 235 - 284 | "Krisis abad ketiga". |
292 | Pembaharuan Maharaja Diocletianus |
330 | Constantinus Agung menjadikan Byzantium ibu kota (Nova Roma), dinamakan kembali "Constantinopolis" (ibu kota Constantinus), selepas kemangkatan baginda pada 337. Ia menjadi ibu kota Empayar (kecuali untuk separuh abad) selama lebih seribu tahun. |
395 | Empayar berpecah kepada timur dan barat selepas kematian Theodosius I. |
527 | Justinianus I menaiki takhta. |
7 April, 529 | Codex Justinianus diisytiharkan. |
532–537 |
Maharaja Justinianus membina Gereja Hagia Sophia |
533–554 | General-general Justinianus menawan Afrika Utara dan Itali dari orang-orang Vandal dan Ostrogoth. |
568 | Pencerobohan Lombardia menyebabkan kehilangan sebahagian besar Itali. |
634–641 | Tentera Arab menawan Syam dan Mesir. Dalam dekad seterusnya mereka mengambil sebahagian dari Afrika Utara (dan kemudian menawan Sicily). |
697 | Kota Carthage di Utara Afrika (ibu kota Exarchate, Afrika) jatuh ke tangan orang Arab. |
730–787 dan 813–843 | Kontroversi Ikonoklasme menyebabkan Empayar kehilangan sebahagian besar baki wilayah Itali, selain dari sebahagian wilayah Mezzogiorno. |
843–1025 | Wangsa Makaduniah didirikan dan empayar mengalami kebangkitan kuasa tentera dan pembesaran wilayah. Sarjana-sarjana Byzantine merekodkan dan memelihara kebanyakan tinggalan teks Yunani purba dan Rom. |
960–1042 | Empayar Byzantium menghadapi beberapa kekalahan menentang kuasa Abbasiyah dan Fatimiyah yang menawan kembali sebahagian Mesopotamia, Syria dan Palestin. |
1002–1018 | Maharaja Basileios Porphyrogennetos memulakn siri kempen ketenteraan terhadap orang Bulgaria, dengan matlamat menghancurkan negara orang Bulgar. |
1014 | Tentera Bulgaria dikalahkan dalam Perang Kleidon (Basileios Porphyrogennetos dikenali sebagai Pembunuh orang Bulgar). |
1018 | Bulgaria menyerah kalah dan menjadi jajahan empayar. Seluruh Balkan menjadi jajahan Empayar Byzantine, Danube menjadi sempadan Imperial di utara. |
1025 | Dengan kemangkatan Basileios Porphyrogennetos, zaman kemuncak Empayar merosot. |
1054 | Perpecahan doktrin agama antara Gereja di Rome dan Gereja di Constantinople. |
1071 | Maharaja Romanos IV dikalahkan oleh Turki Seljuk dalam Perang Manzikert, menyebabkan kehilangan Asia Kecil. Pada tahun yang sama, pengkalan luar terakhir empayar di Itali, (Bari), dirampas oleh orang Norman. |
1081 | Dinasti Komnenos didirikan oleh Alexios I dan Byzantium terlibat dalam Perang Salib. Kemakmuran ekonomi menghasilkan kekayaan baru; kesusasteraan dan kesenian mencapai kemuncak. Di Anatolia, orang Turki menjadi kuat. |
1091 | Tentera Imperial mengalahkan orang Pecheneg dalam Perang Levounion. |
1097 | Penawanan semula Nikaea dari orang Turki oleh tentera Byzantine dalam Perang Salib Pertama. |
1097-1176 | Tentera Byzantine menawan semula persisiran Asia Kecil dari orang Turki, dan bergerak ke timur ke arah Anatolia tengah. Antioch menjadi kota di bawah naungan Byzantine. |
1122 | Byzantine mengalahkan orang Pecheneg dalam Perang Beroia. |
1167 | Tentera Byzantine mengalahkan kerajaan Hungary dalam Perang Sirmium dan Hungary menjadi negara naungan Byzantine. |
1176 | Perang Myriokephalon berlaku dan Maharaja Manuel I Komnenos cuba menawan Konya, ibu kota Turki Seljuk. Beliau terpaksa berundur selepas kemusnahan peralatan mengepung. Dengan ini, cubaan Imperial untuk menawan dataran tinggi Anatolia berakhir. |
1180 | Dengan kemangkatan Maharaja Manuel I Komnenos, kemerosotan empayar bermula kembali. |
1185 | Pemberontakan di Bulgaria berjaya dan beberapa tanah di Balkan jatuh. |
1204 | Constantinople ditawan dalam Perang Salib Keempat, cubaan untuk mendirikan Empayar Latin. |
1261 | Constantinople dirampas oleh Patriarki Constantinople yang dibiaya oleh pemerintah Nicaea, Michael VIII Palaiologos, menyaksikan pemerintahan semula orang Yunani dalam empayar yang semakin mengecil. |
1326 | Kota Prusa di Asia Kecil jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyah. |
1326 | Kota Nicaea, ibu kota Empayar untuk 100 tahun sebelumnya, jatuh kepada kerajaan Uthmaniyah. |
1453 | Kerajaan Uthmaniyah menawan Constantinople, dan dengan kemangkatan Constantinus XI Palaiologos, maharaja terakhir Empayar Byzantine, empayar berakhir dan juga menyaksikan kemusnahan terakhir Empayar Rom. |