Pergi ke kandungan

Teks berformat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail teks berformat (HTML) dipaparkan di dalam penyunting teks Vim

Teks berformat, teks yang digayakan, atau teks kaya, berbanding dengan teks biasa, memiliki maklumat penggayaan yang melampaui unusr-unsur semantik yang minimum, yakni: warna, gaya (tebal, italik), saiz, dan ciri-ciri khas seperti hiperpautan.

Teks berformat tidak boleh dikenali sebagai fail perduaan ataupun dibezakan daripada teks ASCII. Ini kerana teks berformata tidak semestinya dalam bentuk perduaan; ia mungkin hanya mengandungi teks, seperti yang terdapat dalam fail HTML, RTF atau fail enriched text, dan ia juga mungkin hanya mengandungi ASCII. Sebaliknya sebuah fail teks biasa mungkin mengandungi kod bukan ASCII, seperti pengekodan UTF-8 Unikod. Teks berformat yang hanya mengandungi teks dibuat dengan menggunakan penanda yang juga merupakan teks, sementara beberapa pemproses teks, seperti Microsoft Word, emnyimpan fail dalam format perduaan.

Satu wacana akan dilihat sebagai suatu teks yang merupakan objek dan data yang selalu terbuka bagi pembacaan dan penafsiran yang beragam. Teks diterima dan difahami oleh pembacanya dan lingkungan budaya dimana teks tersebut diproses dan diserap. Jadi, teks bersifat intertekstual dan sekaligus subjektif atau intersubjektif. Dalam konteks ini, teks tergantung pada bagaimana penafsiran-penafsiran yang diajukan orang lain dalam kode-kode dan konvensi-konvensi suatu komuniti (Dr Diana Silaswati 2019). Dalam teks, perilaku ujaran memiliki kualiti dan disimpan untuk penggunaan seslepasnya dalam bentuk bertulis yang konstitutif dan untuk penggunaan istilah harian. Oleh yang demikian, teks lebih dipandang sebagai fenomena linguistik yang berdiri sendiri dan terpisah dari situasi tuturan.

Permulaan teks berformat

[sunting | sunting sumber]

Teks berformat bermula dengan penggunaan garis bawah ( _ ) bagi "menebalkan" penulisan dalam manuskrip-manuskrip alat taip. Dalam sistem-sistem interaktif komputer awal, penggunaan garis bawah tidak dapat dibuat (kerana ketiadaan pemformatan dengan ASCII), dan para pengguna menggunakan simbol-simbol tertentu sebagai pengganti. Penekanan, misalnya, dapat dilakukan dengan ASCII dalam beberapa cara:

  • Penggunaan huruf besar: Saya BUKAN mereka cerita ini.
  • Penggunaan garis bawah: Saya _bukan_ mereka cerita ini.
  • Penggunaan tanda bintang: Saya *bukan* mereka cerita ini.
  • Penggunaan penjarakan: Saya b u k a n mereka cerita ini.

Tanda garis bawah juga digunakan buat tajuk-tajuk buku: Look it up in _The_C_Programming_Language_.

Jenis Teks

Dalam analisis wacana, terdapat berbagai jenis teks yang dapat menjadi rujukan dan objektif sesuatu kajian. Setiap jenis teks memiliki ciri-ciri dan karakteristik tertentu yang memungkinkan peneliti untuk mengungkap makna, nilai, atau ideologi yang terkandung di dalamnya. Beberapa jenis teks yang sering dianalisis dalam konteks analisis wacana antaranya ialah:

1)      Teks Tulisan: Ini melibatkan analisis terhadap teks tulisan seperti artikel, esei, buku, laporan, dan dokumen lainnya. Analisis terhadap teks tulisan ini dapat membuka pemahaman terhadap cara bahasa digunakan untuk menyampaikan mesej, membangun argumen, atau menciptakan naratif tertentu.

2)      Teks Lisan: Teks lisan mencakupi percakapan, wawancara, pidato, atau transkripsi percakapan. Analisis wacana lisan dapat memberikan wawasan tentang bagaimana bahasa digunakan dalam konteks komunikasi langsung, termasuk aspek-aspek seperti intonasi, vokal, dan non-verbal lainnya.

3)      Teks Media Massa: Analisis wacana seringkali mencakupi teks-teks yang berasal dari media massa, seperti berita, editorial, iklan, atau siaran televisyen. Pemahaman terhadap teks media membantu dalam mengungkap cara media mempengaruhi persepsi dan realiti.

4)      Teks Visual: Teks visual mencakupi analisis terhadap gambar, iklan visual, dan elemen-elemen grafik atau gambar. Analisis terhadap teks visual ini mempertimbangkan bagaimana gambar dapat membentuk makna dan mempengaruhi interpretasi.

5)      Teks Digital: Dengan berkembangnya teknologi, analisis wacana juga dapat melibatkan teks-teks digital, seperti blog, media sosial, atau elektronik. Teks digital membawa dimensi baru dalam pemahaman interaksi sosial dan konstruksi makna dalam talian.

6)      Teks Sastera: Teks sastera, seperti puisi, cerita pendek, atau novel, dapat menjadi fokus analisis wacana untuk mengungkap lapisan makna yang lebih mendalam, struktur naratif, dan aspek budaya yang terkandung di dalamnya.

7)      Teks Ilmiah: Analisis terhadap teks ilmiah, seperti makalah penelitian, artikel ilmiah, atau buku teks, dapat memberikan pemahaman tentang cara ilmu pengetahuan dikonstruksi dan disampaikan melalui bahasa tulisan.

Kesimpulan daripada ini, pemilihan jenis teks yang akan dianalisis bergantung pada tujuan penelitian dan pertanyaan penelitian yang diajukan oleh peneliti wacana. Dengan menganalisis berbagai jenis teks, penelitian wacana dapat memberikan pemahaman yang lebih komprehensif tentang cara bahasa digunakan dalam berbagai konteks komunikatif.



Bahasa-bahasa penanda

[sunting | sunting sumber]

Pemformatan dapat ditandai dengan tag yang dibezakan daripada teks kandungan dengan aksara-aksara khas seperti tanda kurung siku dalam HTML. Sebagai contoh, teks ini:

Dalam taksonomi, anjing diklasifikasikan sebagai Canis lupus familiaris.

ditandakan dalam HTML sebagai:

<p>Dalam taksonomi, anjing diklasifikasikan sebagai <i>Canis lupus familiaris</i>

Teks condong dilitupi tag "italik" pembuka dan penutup. Dengan LaTeX pula, teks ditanda seperti berikut:

Dalam taksonomi, anjing diklasifikasikan sebagai \textit{Canis lupus familiaris}.

Bahasa-bahasa penanda dapat dilaksanakan dengan penyunting teks tanpa memerlukan perisian tambahan.

Fail-fail dokumen berformat

[sunting | sunting sumber]

Semenjak penciptaan MacWrite, pemproses teks WYSIWYG pertama, yang membolehkan pengguna memformat teks secara visual tanpa memerlukan penanda teks, pemproses teks lazimnya menyimpan hasil di dalam fail penduaan.

Dokumen-dokumen teks dalam bentuk fail penduaan cacat dari segi skop pemformatan dan kerahsiaan. Mahupun pemformatannya dengan penanda tepat, pemformatan WYSIWYG berlandaskan ingatan dan ini boleh menimbulkan kesilapan dan masalah-masalah penyelenggaraan. Dari segi kerahsiaan pula, format teks berformat sering menggunakan format proprietari yang tidak didokumenkan, dan ini membawa kepada masalah keserasian pengekodan dengan perisian pihak ketiga dan juga keperluan untuk meningkatkan versi-versi pemformat.

WordStar merupakan pemproses dokumen yang popular pada satu ketika dahulu dan tidak menggunakan fail penduaan dengan aksara-aksara tersorok.

OpenOffice.org Writer menyimpan fail dalam format XML. Walau bagaimanapun, fail hasilan merupakan fail penduaan kerana ia dimampatkan (setara dengan tar ball).

PDF ialah satu lagi format teks berformat yang lazimnya dedua (menggunakan pemampatan buat teks, dan menyimpan grafik dan fon dalam format perduaan). Secara amnya format ini merupakan format pengguna yang ditulis dengan perisian seperti Microsoft Word ataupun OpenOffice.org Writer, dan tidak dapat disunting selepas ia dicipta.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]