Taufan Xangsane
Taufan Xangsane berlaku di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan pada 29 September 2006. Taufan ini muncul sejak 25 September 2006 lagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan ombak bergelora mencecah 3.5 meter dan boleh menenggelamkan bot nelayan pantai.Kelajuan angin barat daya sekitar 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga Ahad 1 Oktober 2006 di Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Kini taufan Xangsane sedang berada di latitud 15.4 Utara dan longitud 115.1 Timur , 871 kilometer ke timur Hue, Vietnam. Taufan ini mara ke Barat dengan kelajuan 22 km sejam.
48 mangsa terkorban di bandar Santa Rosa, pulau Luzon, Filipina dan ratusan lagi cedera. Romeo Panisales , seorang pegawai kebajikan di Manila menyatakan banyak yang mati di wilayah Laguna, selatan Manila.
Taufan kedua
[sunting | sunting sumber]Filipina akan berdepan taufan kedua kerana satu pembentukan angin dikesan lebih 2,000 kilometer ke timur Manila, Filipina. Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Filipina , Nathaniel Cruz mengesahkan kehadiran taufan kedua.
Keadaan di Manila
[sunting | sunting sumber]Manila yang berpenduduk 12 juta sunyi kerana seluruh sekolah dan pejabat ditutup. Datuk Bandar Manila Lito Atienza mengarahkan penduduk bersiap sedia sekali lagi. Taufan Xangsane selaju 130 km menyebabkan Manila hampir lumpuh.
Pasaran saham Filipina digantung dan bekalan elekterik terputus.Lebih 61,000 penduduk bimbang dengan kehadiran angin kencang, hujan lebat , banjir kilat dan tanah runtuh berikutan taufan Xangsane.
Sektor pertanian , perikanan dan kemudahan infrastruktur musnah lebih AS$2.7 juta (RM4.89 juta). Ini termasuklah jambatan runtuh, jalan raya dan kereta api terputus.
Tahun 2004, 1,800 orang maut ,hilang , rumah musnah dan kematian ternakan akibat taufan yang melanda.
Taufan di Vietnam
[sunting | sunting sumber]Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung mengarahkan tentera bersiap-sedia di bandar peranginan Danang , timur Vietnam.