Taufan Melor
Taufan (skala JMA) | |
---|---|
Taufan kategori 5 super (SSHWS) | |
Terbentuk | 29 September |
Reda | 9 Oktober |
Angin terkuat | 10 minit berterusan: 205 km/j (125 bpj) 1 minit berterusan: 270 km/j (165 bpj) |
Tekanan terendah | 910 hPa (mbar); 26.87 inHg |
Kerosakan | $1.5 juta (2009 USD) |
Kawasan terjejas | Jepun |
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2009 |
Taufan Melor mula terbentuk sebagai gumpalan awan 370 km perolakan di timur laut Pohnpei, Persekutuan Mikronesia pada 28 September 2009, bergerak menujuk ke arah Jepun. Pada 29 September, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) dan Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC) menaiktaraf sistem ini menjadi tekanan rendah tropika. Awal 30 September, JMA menaiktarafnya menjadi ribut tropika dan menamakannya Melor, nama yang pernah diusulkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia di peringkat antarabangsa. Pada 1 Oktober ia dinaiktaraf sekali lagi menjadi taufan.
Pada 8 Oktober, angin kencang dan hujan lebat ini menuju ke pulau Honshu. Agensi Meteorologi Jepun menyatakan Taufan Melor mungkin menjadi ribut paling kuat yang pernah melanda pulau utama negara itu dalam tempoh lebih 10 tahun. Pusat ribut terletak 250 km di selatan Tanegashima, 1000 km ke tenggara Tokyo. Lokasi pelancaran roket Jepun yang akan dilancarkan jam 10 pagi berdepan dengan taufan Melor ini. Amaran angin kencang dan banjir telah dikeluarkan agar penduduk bersiap sedia. Hujan lebat 400 milimeter dijangka turun terutama di wilayah Tokai - di mana terletaknya pusat industri Nagoya. Kilang Toyota Motor Corp di Nagoya akan ditutup awal.[1]
Selepas bertemu daratan, JMA menuruntaraf taufan ini menjadi ribut tropika, manakala JTWC menuruntaraf taufan ini menjadi pada ribut luar tropika. Kerosakan dianggarkan sekitar $1.5 bilion.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Taufan Melor ancam Jepun Berita Harian Online
- ^ Bradford, Michael (2009-10-09). "Typhoon Melor insured damage as much as $1.5B". Modeler. Dicapai pada 2009-10-18.