Tasik Api
Tasik Api muncul, dalam agama Mesir kuno dan agama Kristian[1], sebagai tempat penyiksaan orang-orang fasik selepas kematian. Ungkapan ini digunakan dalam empat ayat Kitab Revelation. Tasik sedemikian juga muncul dalam Phaedo Plato, secara jelas dikaitkan dengan Tartarus, di mana jiwa-jiwa orang jahat disiksa sehingga tiba masanya untuk mereka dilahirkan semula, dan di mana beberapa jiwa tinggal buat selama-lamanya.
Gambaran ini juga digunakan oleh Hippolytus Kristian Awal dari Rom pada tahun 200 dan terus digunakan oleh orang Kristian moden. Berkaitan adalah Gehenna Yahudi yang, antara lain, seperti neraka, meripakan lembah berhampiran Yerusalem di mana sampah dibakar.[2]
Dalam kepercayaan Mesir Purba pula, Tasik Api ini adalah tapak Dunia Bawah penuh misteri yang digambarkan dalam relief pengebumian yang disebut Buku Pintu Gerbang.Teks ini muncul untuk kali pertama di dalam makam horemhab (r 1319-1307 b.c.e.). Tasik Api terletak di "Kamar Suci Sokar" dan merupakan destinasi akhir roh yang terkutuk. Tiada siapa yang kembali dari Tasik Api ini, yang terbakar di rantau tanpa matahari.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "What Really is Hell?". The Watchtower: 5–7. July 15, 2002.
- ^ Against Plato, On the Cause of the Universe, 1
- ^ Encyclopedia of Ancient Egypt. By Margaret Bunson