Tarian Bolak-bolak
Penampilan
Tarian Bolak-bolak adalah tarian traditional suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian Bolak-bolak dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni.[1]
Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.